Wednesday, October 30, 2013

Kek cokat lembab kukus/bakar

Harini buat kek coklat untuk tempahan dari anak buat....farewell kat opis dia. Kebetulan arini besday sebenar anak sulung. Jadi buat la sekali untuk dia.

Di bawah ni ada dua resepi yang lebih kurang sama dari dua sumber yang berbeza. Satu guna gm dan satu lagi sukat cawan. Sumber yang pertama ni saya lupa dari blog mana tapi anyway terima kasih di atas perkongsian.

Dua2 resepi ni boleh bakar atau kukus. Kalau kukus lebih moist tapi tak berapa tahan lama berbanding bakar...

Bahan2

1 3/4 cawan tepung serbaguna
3/4    cawan serbuk koko
1 1/2 sudu teh  baking powder
1  sudu teh baking soda
1 1/2 gula kastor (resepi asal nak 2 cawan, jadi terpulang)
1  sudu teh garam
2    biji telur Gred A
1/2 cawan minyak
2   sudu teh vanilla
1   cawan susu segar
1   cawan air panas

Panaskan oven pada suhu 170'c, letakkan kertas minyak pada bahagian bawah loyang, ketepikan..

Campurkan gula + tepung +serbuk koko+baking powder+baking soda+garam didalam mangkuk.

Gunakan pemukul telur (egg whisk) untuk mengadun kesemua bahan sehingga bercampur semuanya.

Tip dari rancangan Martha Bakes, kalau kalau kacau adunan kering menggunakan egg whisk nie tak perlu ayakkan tepung tu.... tapi terpulang.. :)dalam mixer pukul telur sehingga pecah kuningnya dan masukkan susu, minyak, dan esen vanilla.

Pukul pada kelajuan sederhana selama 2 minit. masukkan bahan kering dan kacau sehingga sebati. akhir sekali masukkan air panas, ketika ini adunan akan kelihatan cair, jangan takut.. ok jer tu.. tuangkan ke dalam loyang, bakar selama 40 minit - 50 minit, atau check dengan lidi atau cake tester samada masih melekat.. tolong yea.. oven kite semua lain2 kepanaskan nyer.. kene check walaupun resepi bagi masa tertentu atau permukaan kek nampak masak.. mesti check ^_^

Azlita masam manis

KEK COKLAT LEMBAB / Chocolate Moist Cake

Bahan A

300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat

Satukan semua bahan
Kemudian ayak
Ketepikan 

Bahan B

3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C

250 ml (1 cwn) susu cair
250 ml (1 cwn) minyak jagung
2 sb susu pekat manis 

Bahan D

250 ml (1 cwn) air panas

Satukan semua bahan B

Pukul hingga putih.
Masukkan bahan C.
Pukul hingga sebati
Boleh pukul dengan Hand Mixer atau Stand Mixer, kalau guna Stand Mixer guna pemutar bentuk belon
Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula.

Jika adunan banyak dan tak larat nak kaup balik dengan spatula, boleh masukkan dalam Stand Mixer dan gunakan pemukul macam gambar di atas.

Letak pada speed paling perlahan sekali. Putar sehingga ia sebati aje, jangan lama kerana nanti banyak udara terperangkap dalam adunan kek dan kek kita berlubang-lubang bila kita potong. Adunan yang telah dikaup balik dengan spatula.

Tambahkan air panas dan gaul rata. Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak. Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C

Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih. Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna. Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.

Untuk hiasan, saya guna resepi ganache yang ini.

CHOCOLATE GANACHE: 

450g Coklat - potong kecil 
300g Cream

- Masukkan ke dlm periuk kecil & masak dgn api kecil sehingga coklat cair.
- Sejukkan sedikit sebelum di sapu ke atas kek. 

TIPS DR ALONGROZ: 

1: Bagaimana cara nak sapu topping supaya licin.   Tuang ganache kat tengah2 kek sehingga merebak sendiri menyelaputi seluruh permukaan atas kek - tak payah guna sudip sebab nanti permukaan tak licin. 

Ganache yg di biarkan terlalu lama di suhu bilik akan membeku sedikit & ini akan menyulitkan proses menuang, jadi jangan tunggu2 ok.     

Untuk bahagian tepi, biar ganache beku sedikit & sapu bahagian tepi kek menggunakan bahagian belakang sudu. Selepas tu, boleh lah di garu menggunakan scraper untuk mendapatkan pattern spt dlm gambar di atas.  
Paipkan pettern rosette kecil untuk menutupi tepi keliling atas kek

Inila hasilnya....
48 pcs utk anak buah....
Ni utk bawa ke rumah transit anak esok.....
Ni untuk makan kat rumah...

Monday, October 28, 2013

Tepung pelita

Malam ni akhirnya jadi juga la membuat kuih tepung pelita yang mangkuk daun pisang tu dah dibuat dua tiga hari lepas....

Sabo jer la kan.... bila mangkuk tu siap dah lewat sangat....esoknya ada hal pulak. Sudahnya lepas siap jer buat cupcake, terus jer buat kuih ni sebab tak nak bazirkan usaha membawa daun pisang dari kampung dan mangkuk yang dah siap tu...

Kalau takde daun boleh jer guna gelas kecil atau bekas plastik kecik yang buat jeli tu...

TEPUNG PELITA
by: Yani
Sumber: azlita masam manis

Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )

 Lapisan bawah
1 cawan tepung beras 
1 cawan gula 
5 cawan air
Saya letak garam skit.
sedikit air kapur
4 helai daun pandan di mesin dgn sedikit air daripada 5 cawan tu.

Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur di bancuh hingga rata. Masak atas api sederhana dan kacau selalu sehingga adunan masak dan berkilat.

Bila dah masak sudukan ke dalam kotak pisang atas gelas kecil dan ratakan. biarkan keras sebentar.

Lapisan Atas

4 sudu besar tepung beras - ratakan
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan 
secubit garam

Perah santan dan tapis ke dalam periuk. Masukkan 4 sudu tepung beras dan secubit garam. Kacau rata dan masak atas api sederhana sambil mengacau sehingga adunan masak dan pekat.

Sudukan santan ke atas lapisan pandan tadi.Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais untuk rasa yang lebih dingin.

Biskut chipsmore

Anak request buatkan chipsmore macam dalam iklan tv tu. So pepagi lagi ummi diorang pun uli tepung lepas anak2 pegi sekolah.
Mula2 tu bila dah leperkan doh tu tekankan dalam bekas coklat chip supaya nampak meriah....sekali gitu bila dah siap bakar, sikecik bertuah tu makan coklat chip dia jer...sebekutnya dia buang. Adunan yg separuh lagi tu terus ajer la saya gaulkan dgn coklat chip tu supaya diorg terpaksa makan semuanya.
Adunan ni nemang agak lembik tapi gitu ler rupanya kalau buat drop kukis nih....hadi jangan panik yer.
Satu lagi kalau nak tambah dengan 2 sb serbuk koko pun boleh gak....terpulang citarasa....saya tak letak serbuk koko jadi saya letak 1 sb esen vanila.
Bahan-bahan :
*500 gm tepung gandum
2 biji telur
250 gm mentega
50 gm shortening
115 gm gula halus
110 gm gula perang
100 gm choc chips (nak letak lebih pun boleh)
250 gm almond flake (nak letak kacang lain pun boleh)
*1 sk baking soda
*1 sk baking powder
*2 sb susu tepung
Cara - cara :
1) pukul mentega bersama gula halus hingga kembang
2) masukkan telur dan pukul lagi
3) ayak *
4) masukkan * yang telah diayak  dan adun sebati.
5) masukkan badam dan gaul rata. Rehatkan setengah jam.
6) bulat dan leperkan dan letak coklat chip atau gaul coklat chip sekali dalam adunan, bulat dan leperkan.  ( buat besar2 skit macam saiz chipsmore kat kedai tu....)
7) bakar dlm oven dgn suhu 160c selama 15 minit  
Ni yg letak choc chip kat atas...
Ni pulak gaulkan sekali coklat chip dia...

Update 27 Jan 2016 : Tadi dok google untuk cari idea hidangan minum petang......sekali gitu jumpa gambar biskut yg saya buat dan post kat N3 ni....tengok link bkn dari blog saya......ermmmmm kena rompak dengan koleksiresepiemak.blogspot.my. Blog ni patut letak nama koleksicetakrompak.blogspot.my....baru la kena.

Dalam N3 dia pun takde la nak berbasa basi kata minta ihsan nak tepek gambar kat blog dia ke....ermmmm entah la....ini bukan yg pertama....


Sunday, October 27, 2013

Cucur roti

Pagi ni teringat roti wholemeal yang saya buat aritu ada 1/4 ketul lagi. Bila dah sejuk macam ni tskde siapa nak makan.....masa baru masak aritu 3/4 ketul kena ngap sebelum sempat sejuk. Roti homemade ni tak berapa nak tahan lama sebab tak letak serbuk penaik. Jadinya sebelum dibazirkan saya buat cucur untuk sarapan pagi.

Sedap....garing diluar lembut di dalam. Sarapan pagi ni juga ada murtabak singapore yang hubby kirim dari member yang ke singapore semalam. Katanya murtabak ni yang tersedap kat sana dan nak beli pun kena Q panjang berjela.

Bahan:

10 keping roti (saya guna roti wholemeal)
20 ekor udang (buang kulit dan potong kecil)
1 biji bawang besar holland di dadu
1 sudu besar cili kering kisar
1 biji lada merah dicincang halus (optional)
1 biji lada hijau di cincang halus (optional)
Daun sup dan daun bawang atau kucai dihiris (optional)
4 sudu besar tepung gandum
Sedikit garam

Cara:

- roti direndam biar kembang sedikit, bila dah kembang, toskan airnya dan ramas-ramas biar roti hancur.
- masukkan bawang, lada hijau, lada merah, udang, cili kisar, tepung dan sedikit garam ke dalam bekas yang berisi roti tadi, gaul hingga sebati.
- panaskan minyak dan goreng adunan tadi seperti goreng cucur yang biasa kita buat. Goreng hingga keemasan dan angkat. Sedia di hidang bersama sos cili thai dan sos cili biasa.

Saturday, October 26, 2013

Biskut dahlia

Petang ni tetiba semangat nak mengukis datang. Pilih punya pilih resepi ni yang kena....raya puasa aritu tak buat bislut ni.....dah lepas2 raya pulak teringin nak makan.

Saya guna resepi bawah ni tapi buat pesen lain pulak. Saya tak huna paste pandan tu. Saya biarkan plain....pastu bahagi dua pastu satu letak pewarna merah.


Samperit/dahia

Bahan-bahan

Bahan A 

200gm mentega
100gm gula ising
1 biji kuning telur
1/4 tsp pes pandan/pandan emulco (tak letak)
1/2 tsp pewarna hijau epal (ganti warna merah)

Bahan B 

250gm tepung gandum
50gm tepung jagung
30gm tepung kastard 

Hiasan :

Ikut suka. Ceri boleh, cokla chip boleh dll.
Cara-cara 
Pukul bahan A kecuali pewarna hingga berkrim.
Masukkan bahan B yang telah di ayak dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. Bahagi 2. Satu letak pewarna merah.
Rehatkan selama 1 jam. 
Guna nozzle dahlia dan ambil sesikit kesua2 adunan dan tekan ke atas loyang yang telah di griskan. Panaskan oven dan bakar pada suhu 140C selama 30 minit atau hingga kekuningan.
Link ni ada resepi tradisional yanf biasa saya guna jugak.


Kalau rasa2 tepung jagung takde tapi ada tepung ubi pun boleh gak cuba resepi bawah ni..
Sumber : Resepiibu2010.blogspot

bahan2nya :

1 buku butter
3/4 @ 1 cawan gula halus/gula icing
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
1 cawan tepung ubi
2 cawan tepung kastard
2 cawan tepung gandum   (semua tepung di ayak)

cara2nya :-

pukul butter dan gula hingga kembang- masukkan kuning telur dan esen vanila -
gaul sebati-
masukkan tepung ubi,tepung kastard dan tepung gandum-
uli hingga menjadi doh -
kalau doh lembut,tambahkan sedikit tepung gandum- kemudian paipkan dengan acuan samperit @ biskut dahlia-
hiaskan dgn ceri @ manik @ ikut suka..-
bakar 20 minit atau lebih dgn suhu 180 darjah @ bergantung pd oven masing2..;))

Steamed filled bun aka pau

Arini mengepau guna resepi dari bakingproject.com. Sebenarnya lebih kurang jer dengan resepi yg dah ada dalam blog ni.... tapi sajer cuba2 resepi yg double actionnta letak kemudian nih.....

Hati tengah bengang sangat sebab tepung pau yg dibeli di kedai bakery Bagus nih tak bagus langsung. Dah dua kali kena....aritu tepung roti dia turn out so hampeh... mula2 tu ingatkan yisnya dah mati rupanya tepungnya yg kureng. Harap nama kedai jer Bagus tapi jual barang kurang berkualiti....beli tepung pau dan roti di 2 ply ok jer....uli sekejap doh dah jadi cantik. Naiknya pun cemerlang......atau tepung blue key tu pun mabeles....

Faktor pemilihan bahan mentah ni pun sebenarnya memainkan peranan besar dalam menentukan hasil yg baik.

Kejadian pau hari ini, walaupun tak secanti mana tapi tetap mabeles sebab ianya hasil air tanganku sendiri......kuang3...

Yeast dough

Ingredients A :
500 gm pau flour, sifted
1/2 teaspoon salt
1/2 tablespoon of powdered yeast
80 gm castor sugar
1 cup of water, or slightly more
3 tablespoon shortening 

Ingredient B :

1 tablespoon Double-action baking powderMix all ingredients A and using a dough hook, knead on medium speed for about 10 minutes.

Add just enough water so you get a soft dough. The dough will turn out smooth and won’t stick at all to the sides of your mixer bowl or to your fingers.  Let the dough rest for about 1 to 2 hours, till it is double in size. 

Sprinkle B on the dough and knead again till all is evenly distributed.   Let the dough rest for another 15 minutes before shaping.  This is the basic dough for making pau, and you can use this with any filling you like. 

Cut rounds of baking paper, diameter about 3.5 inch.  Divide the pau into 12 pieces.. this will come out to about 77 gm each.  If you want a smaller bun, weight each one at 60 gm.  Shape into balls, flatten and spoon in the filling.   I like to hide the seams of the pau underneath but its really up to you.  Place the filled pau onto the round paper.  Let it proof for 15 minutes. 

Arrange on the steamer leaving some space for expansion, about 1 inch.  After the water has started to boil furiously,  place the buns and steam for 15 minutes. Serve immediately.

Some tips on making pau :

use Pau or Hong Kong flour, or any low protein flour.  Not all purpose flour.

use shortening instead of butter to get the white appearance.

make sure the water is boiling with lots of steam before placing the pau in.do not steam too long, 8 minutes for small pau and for big ones, not more than 15 minutes.

place them far apart so it doesn’t stick to one another while steaming ( learn this from my own mistake).

no opening of lids to check on the pau while steaming.

be careful when removing the pau so the water doesn’t drip onto

it.do not overproof the pau or you’ll end up with buns having lots of holes..

some say to avoid wrinkles on the pau skin, let a little steam escape before totally removing the lid (don’t know if this is true or not).

Thursday, October 24, 2013

Roti wholemeal

Resepi saya cilok daripada Mamakitchen - makcikmanggis. Keluar jer dari oven terus kena ngap....konon nak simpan utk breakfast...tapi nampak gayanya ummi kena la fikirkan apa nak masak besok pagi yer...

Bahan-bahannya:)
2 cawan tepung roti.
2 cawan tepung wholemeal.
3 sb gula perang.
11 gm yis segera.
1 biji telur+ air=1 cawan.
4 sb plain yogurt.
2 sb butter.
1/2 sk garam.

Cara-caranya:)

Masukkan semua bahan-bahan diatas  kedalam mangkuk pengadun. Uli  sehingga doh kenyal.
Tutup mangkuk pengadun dan biarkan doh naik double saiz asalnya.Keluarkan doh dan tumbuk buang anginnya.
Bahagikan doh kepada 3 bahagian  dan bulat-bulatkanya.Aturkan ke dalam dulang (sapu sedikit butter pada dulang)biarkan doh naik 2 kali ganda dari saiz asalnya.
Bakar hingga masak. Saya guna suhu 180 ºC selama 45 min - suhu dan masa memasak bergantung kepada oven masing2.

Monday, October 21, 2013

Macaroni & Cheese Casserole

Ini resepi versi saya selepas blogwalking merata dunia..

Malam ni selera western, anak2 tak sabar2 bawa pinggan masa ummi tengah prepare pasta tu. Macam2 resepi ada....ada yang letak mustard dan seribu macam kepelbagaian...tapi bila memasak kena la memasukkan elemen kreativiti untuk menyesuaikan dengan bahan yang ada dan pada masa yang sama menepati citarasa semua yang memakannya.

Resepi ni kalau tak nak creamy sangat, thickened cream tu boleh ganti dengan susu segar atau rendah lemak.

Bawang tu kalau suka nal letak sebiji pun ok jer cumanya bila ada anak2 kecil ni kena la ummi dia ni minimizekan.

2 sb mentega
1/4 biji bawang holland dicincang
1 1/2 sb tepung gandum
250 ml thickened cream
250 ml air
300 gm elbows macaroni (rebus hingga kembang ikut arahan pada plastik pembungkus)
1 sb chili flakes
1/2 sk cayenne pepper powder
2 sb jalapeno cheese
2 sb parmesan cheese
10 keping cheedar cheese

Hiasan

10 keping cheese crackers dihancurkan
1/4 biji bawang holland dihiris
1/2 sk serbuk cili

----------------

Panaskan mentega. Tumiskan bawang hingga naik bau.
Masukkan tepung gandum dan cayenne powder. Tumis seketika.
Masukkan cream dan air.
Masak hingga sebati.
Masukkan cheese2 dan masakkan hingga cheese cair dan sebati.
Tutup api dan masukkan makaroni. Gaul rata.
Tuangkan dalam casserol atau loyang.
Taburkan serbuk biskut, cili dan bawang.
Bakar di dalam oven pada suhu 175ºC selama 30 minit.

Macaroni & Cheese Casserole

  http://www.browneyedbaker.com/2011/11/03/macaroni-cheese-casserole/

Ingredients:

1 lb. elbow pasta
½ cup (4 ounces) unsalted butter
½ cup all-purpose flour
1 teaspoon onion powder
Salt & pepper, to taste
5 cups milk (whole or 2%)
4 cups (16 ounces) shredded cheddar cheese
For the Topping:
15 Ritz crackers, crushed
1 tablespoon butter, melted

Directions:

1. Preheat the oven to 350 degrees F.
2. Cook the pasta according to the package directions for al dente. Drain and set aside.
3. In a large saucepan over medium heat, melt the butter. Whisk in the flour, then add the onion powder, salt and pepper. Gradually whisk in the milk. Cook, stirring constantly, until the sauce thickens and the mixture begins to boil. Add the cheese and stir until the cheese is melted. Add the cooked pasta and stir to coat the pasta.
4. Pour the mixture into a 9x13-inch baking dish. Mix together the crushed Ritz crackers and the melted butter until all of the crumbs are moistened, and then sprinkle over the top of the pasta mixture.
5. Bake for 30 minutes, until golden and bubbly. Let stand 10 minutes and serve

http://allrecipes.com/Recipe/Moms-Favorite-Baked-Mac-and-Cheese/Detail.aspx?evt19=1

Original recipe makes 6 servings Change Servings

Cream puff

Petang ni buat cream puff. Guna resepi kat bawah ni..... kejadiannya ok jer tapi sedikit melekat sebab biasa buat loyang tu tak letak apa2 pun.....jadi kali ni pun sama la....sekali gitu melekat la pulak. Mungkin sebab ada susu kot. Kalau scroll ke bawah ada resepi yg tak guna susu. Dalam blog ni pun ada 2 3 N3 cream puff yg tak guna susu dalam pastrynya.

Saya ni baru jer belajar....pastry yang digunakan untuk buat cream puff ni dinamakan choux pastry....
Rata2 resepinya itu le juga bahan asasnya....

Filling terpulang la nak letak kastard ke, whipping cream ker, chocolate ganache ker....ikut selera...

Kat bawah tu ada resepi filling yg menarik gak....cuba la...

Choux pastry recipe

Choux pastry is a pastry using eggs that is the basis of classic french pastries such as chocolate eclairs (  An Ã©clair is an oblong pastry made with choux dough filled with a cream and topped with icing/chocolate), cream puffs and profiteroles ( cream puff or choux à la crème is a choux pastry ball filled with whipped cream, pastry cream, or ice cream. The puffs may be decorated or left plain or garnished with chocolate sauce, caramel, or a dusting of powdered sugar. Wikipedia )

kidspot.com.au

Ingredients:

140g plain flour, sifted (1cup)

1/2 cup milk

1/2 cup water

100g butter

5 eggs

I add:-

1 ts salt
2 tbs sugar
1 tbs vanilla essence

Method:

Preheat oven to 220°C. Cover two baking trays with baking paper and set aside.
Put milk, water, butter, salt, sugar n essence vanilla into a large heavy-based saucepan.
Bring to a boil, then immediately lift pan from heat, place it on a heatproof surface and tip in flour in one quick movement.

Stir vigorously with a wooden spoon until smooth.
Return pan to a low heat and continue to stir vigorously until paste comes cleanly away from side of pan - this will take 3-4 minutes.

Transfer the paste to bowl of a food processor and, with the motor running, add two eggs. Incorporate thoroughly before adding a further two eggs. Incorporate thoroughly before adding a final egg.
Fill a piping bag with the pastry and then pipe directly onto the baking tray. Brush with a little of the beaten egg before going into the oven.

Place in the oven for 10 minutes. After 10 minutes, turn the oven down to 200°C and slip a wooden spoon into the oven door so that it is ajar while it cooks for another 10 minutes.
Allow to cool in a protected area on a baking rack.

Notes:

  • This recipe is from Stephanie Alexander's kitchen bible, The Cook's Companion.
  • This pastry works really well and does exactly what it should.
  • This recipe was created by Ella Walsh for Kidspot, Australia's best recipe finder
Fifteenspatula.com

Ingredients:

For the choux dough:

1 cup water
1 stick unsalted butter (1/2 cup)
5 oz all purpose flour (1 cup)
pinch of salt
4 extra large eggs (or 5 large)

For the pastry cream:

2 cups milk1/2 cup + 2 tbsp sugar
5 egg yolks
1/4 cup cornstarch
2 tsp vanilla extractpinch of salt
1/2 cup heavy whipping cream

Directions:Preheat the oven to 400 degrees F and line two baking sheets with parchment paper or silpats.Place the water and butter in a saucepan and melt over medium high heat. Dump the flour and salt in all at once and stir, on the heat, for 2-3 minutes until the mixture is smooth and the dough falls away from the sides of the pan. 

Transfer the dough to a food processor and let it cool for five minutes. Then add all the eggs. Pulse the mixture until the dough is smooth and has incorporated the eggs. The dough should look like a super thick cake batter.Transfer this choux dough into a piping pag and pipe out small mounds of dough, about an inch in diameter, and about 1/2 inch tall. 

They will puff up considerably and you don't want to make them too tall. Bake for about 25 minutes until the puffs are golden brown, then remove them from the oven and use a knife to poke a small hole into each of the puffs. This will let the steam escape and prevent our puffs from getting soggy. Let them cool completely before filling. 

That means it's a good time to start making our pastry cream!Scald the milk in a saucepan over medium high heat (you want to cook the milk to about 180 degrees F, when little bubbles start to form on the side of the pan. This is the stage before a boil). While the milk heats up, whisk to combine 1/2 cup sugar, the egg yolks, and cornstarch. 

Once the milk has come to the right temperature, slowly dribble the milk into the egg yolk mixture while whisking constantly, then return all of the liquid to the pan. Cook over medium high heat, stirring constantly, for the next minute or two, until the mixture comes to a boil and the mixture thickens up considerably. Remove the pastry cream from the heat and stir in the vanilla and a pinch of salt. 

Taste and adjust vanilla and salt levels if needed.If you're adding the whipped cream, let the pastry cream cool completely before you start whipping the cream. To whip the cream, combine the heavy whipping cream and 2 tbsp sugar in a bowl and whip with either a hand mixer or a whisk until it forms soft peaks. Fold this mixture gently into the pastry cream to lighten it. You can now fill the puffs with this mixture. Enjoy!

Saturday, October 19, 2013

Kari kepala ikan dan sayur tumis ala mamak penang

Nama resepi tu saya yang bagi sebab menurut pemunya resepi Spicesjourney blogspot nih, ini memang resepi authentic orang penang dan lepas makan hasilnya mesti dah tak suka menu sama kat restoran mamak tu.....
Hubby balik dari pasar menemankan bff dia cari ikan, terus suruh masakkan kari 7 ketul kepala ikan yg dihadiahkan oleh bff dia..... Tu yg terus google resepi cari kari ikan mamak style.... Resepi ni agak lain dari biasa yg membuatkan saya terpanggil utk cuba dan hasilnya hingga menjilat jari.....
Kesian mamak, makin kurang pelanggan dia....tapi jangan risau la mamak, saya mesti pg sama lagi sebab belum pandai buat garlic n cheese naan yg sedap tuh....
BAHAN BAHAN :
1 kg ikan jenama pilihan...
50gm Rempah Kari Ikan Babas
3 sudu besar Cili Mesin
1 biji Bawang Besar
5-6 ulas Bawang Merah
3 ulas Bawang Putih
1 inci Halia (dimayang halus)
3 batang Cili Hijau
100ml Santan (saya ganti tairu/yogurt)
1 sudu besar Halba Campur (jintan putih + halba + biji sawi)
1 sudu besar Beras sangai ~~ ditumbuk halus
Sedikit Daun Kari
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Segenggam Asam Jawa
Bendi dan tomato secukupnya
Air Secukupnya
Mula mula saya cadangkan, goreng dulu beras secara sangai atau goreng tanpa minyak hingga kekuningan dan ditumbuk halus. Cuci bersih kepala ikan tersebut dan boleh juga dipotong mengikut pilihan memasing.
Sebaik baiknya ia dicuci dengan cara direndam dulu dengan air perahan asam jawa, garam dan air beras ataupun boleh dimasukkan sedikit beras yang ditumbuk tadi. Ini boleh memotong hanyir ikan. Selepas seketika, bilas bersih dan toskan. 
Sediakan periuk yang bersesuaian, panaskan minyak dan tumis dulu halia yang dimayang halus, bawang merah, bawang besar, bawang merah dan bawang putih yang dihiris halus juga. Kemudian masukkan halba campur dan daun kari.
Tumis hingga bawang menjadi keperangan, baru dimasukkan rempah kari yang dibancuh dengan dan cili mesin menjadi pes. Masak rempah tu hingga garing dan naik bau. Api kena kecik jer, bagi dia garing pelan pelan sampai bebetul garing. Kalau tidak nanti tak sedap.. macam rasa minyak urat nanti kari kita.
Boleh juga masukkan sedikit garam dulu untuk menggaringkan rempah tu dengan baik. Pastu bila rempah dah garing, masukkan beras sangai yang dah ditumbuk halus tu dan kacau rata sebentar.Kemudian masukkan pula air asam jawa yang mencukupi mengikut citarasa masing masing.
Selepas itu, masukkan pula santan dan air secukupnya. Nak lagi kick, ramas asam jawa bersama santan tu sekali. Bila sudah menggelegak bolehlah dimasukkan kepala ikan dan garam secukup rasa.
Patah patahkan cili hijau, masukkan ke dalam gulai tu. Bila kepala ikan tu dah masak, kecilkan api masak seketika bagi terbit minyak supaya nampak menarek gulai kita nanti.
Akhir sekali, baru masukkan kacang bendi dan buah tomato. Sebelum matikan api, rasa dulu.. kalau dah cukup semua rasa siaplah sudah.
Perut dah lapar la ummi...bila kari ni nak masak....

Beras yang dah digoreng sedia untuk ditumbuk

Sejak adabi tukar resepi serbuk kari ikan dia, saya terus berpaling tadah kepada jenama nih...

segarnya bendi dan cili nih...

saya basuh dengan tepung dan asam jawa....


Resepi Sayur Kobis Goreng Ala Mamak 
sumber potretkasih blogspot

(saya ganti sayuran dengan orgamic  pea sprout dan brokoli)
1/4 biji kobis ( di potong kecil-kecil )
1 biji karot saiz kecil ( dipotong )
1 pokok daun bawang ( dipotong 1 inci )
4-6 ekor udang ( jika udang besar potong udang kecil sedikit )
4 ulas bawang merah ( dihiris )
2 ulas bawang putih (di hiris )
sedikit daun kari ( jika suka )
1/2 sudu teh serbuk kunyit
saya tambah 1 sk biji sawi
Garam secukupnya.
Minyak untuk menumis secukupnya.
 
Cara penyediaan

1. Masukkan 2 sudu minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang merah yang telah di hiris tadi dan biji sawi.
2. Masukkan udang dan serbuk kunyit. Goreng hingga wangi.
3. Masukkan kobis dan karot. Masak hingga agak lembut.
4. Masukkan garam dan perasa. Sesuaikan rasa masinnya…..
5. Last sekali masukkan daun bawang dan daun kari. Kacau sebentar dan tutup api.
6. Sedia untuk di hidangkan.
Nampak hijau dan menyelerakan....
Jom makan.....

Samosa inti sardin

Resepi ni saya ejas dari resepi yang saya cnp dari blog dari dapur mak long.....ermmmmm byk sungguh perkataan dari dalam ayat nih.....

Tapi samosa sardin nih memang sedap. Anak sulung siap pesan simpan sikit untuk bekal pegi sekolah.....

Bahan-bahan:

Kulit popia
7 biji ubi kentang/keledek
1 tin sardin (suka hati nak jenama apa hehe)
Rempah kari daging
2 biji bawang besar holland dicincang
3 ulas bawang putih dihiris halus
Sedikit halia dihiris halus
Daun kari
Garam dan gula secukip rasa

Cara Penyediaan:

Kentang dipotong dadu Bawang besar, bawang putih dan halis yang telah dihiris halus ditumis dalam kuali.

Masukkan daun kari dan garam.Setelah naik baunya, masukkan rempah ikan dan kacauMasukkan sedikit air, kemudian masukkan kentang, biarkan kentang betul-betul empukMasukkan ikan sardin, kacau hingga kering

Kulit popia dipotong tiga (dua pun boleh)Isikan inti yang telah siap tadi ke atas kulit popiaLipat secara tiga segi (jenuh juga saya nak belajar melipatnya masa ni hehehe)Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan

Sedapnya.....bila makan teringat cerita drama tv samosa inti sardinku hangit.....
Nasib baik tak kena badi samosa hangit tu....hehehe

Yang ini saya simpan sejuk beku untuk minum petang dan bekal anak kat sekolah.

Friday, October 18, 2013

Ayam masak madu

Resepi Mamak haji ni dah lama disimpan. Bila ayam ada, kurma plak takde. Bila kurma ada ayam plak habis. Ada jer kan.....

Saya ejas skit sbb saya suka kalau ada pedas2 skit.....saya tambah 1 sb serbuk lada hitam....jgn marah yer mamsk haji...

Bahan-Bahan:-
1 Ekor ayam 1.6kg – 1.8kg di potong 10.
Bersihkan dan sedia untuk goreng.

250 gm buah kurma (buang bijinya dan kisar dengan sedikit air).
100gm buah kismis.
50gm buah gajus.
2 sudu besar gula pasir.-
1 sudu besar serbuk cili.-
1 susu besar Jintan putih.-
1 sudu besar Jintan manis.-
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis. (Tumbukan kayu manis dan kisar kering).-
5-7 biji pelaga,
5 kuntum cengkih,
5 kuntum bunga lawang- untuk ditumis.-
1 helai daun pandan (potong dalam 2-3 inchi).-
2 in.halia + 2 biji bawang besar + 5-7 ulas bawang putih dikisar halus.- sedikit bawang goreng dan daun pudina untuk taburkan diatas hidangan.-
1 biji bawang besar(labu) dihiris.-
Minyak masak dan garam untuk secukup rasa.-
2 sudu besar perahan air limau nipis atau lemon.
Sedikit madu

CARA MEMASAK:

1. Bersihkan ketulan ayam, masukan kunyit dan garam (sedikit) dan goreng.Gorengan tidak perlu garing sangat.
2. Panaskan kuali dam masukkan minyak tiga sudu besar. Gorengkan biji jagus dan kismis dalam api yang sederhana. jangan hanguskan gorengan ini. Asingkan gorengan ini.
3. Tambahkan satu sudu besar minyak dan masukkan buah pelaga, cengkih dan bunga lawang. Apabila keluarkan bau yang harum masukkan hirisan bawang dan daun pandan. Apabila hirisan bawang mengeluarkan bau yang harum masukkan pula bahan kisaran. Bawang+Halia + bawang putih.
4. Masukan serbuk cili, serbuk jintan putih dan manis, serbuk kayu manis. Kacau rata campuran ini apabila campuran ini keluarkan sekali lagi bau yang harum masukan kisaran buah kurma dan gula pasir. Biarkan campuran ini masak seketika dan perlu tentukan likatan yang diperlukan. Sekiranya terlalu likat bolehlah campurkan sedikit air. Kuah ini perlu mendidih sekiranya air dimasukkan. Masukkan garam yang secukup rasa.
5. Masukkan ayam yang telah sedia digoreng kacau rata supaya kuah berempah ini dapat serap kedalam isi ayam. Kecilkan api dapur dan masukkan Buah gajus dan kismis yang telah digoreng. Kacau rata.
6. Keluarkan dari kuali dan hidangkan.Curahkan sedikit madu keatas hidangan ayam.Taburkan bawang goreng (tersedia) dan daun pudina di atas hidangan tersebut (boleh juga di hiaskan dgn cili merah)

Thursday, October 17, 2013

Nasi daging mamak penang

Semalam dah bermalas2an. Hari ni takble ler gitukan....pahi2 lagi dah prepare bahan untuk masak supaya encik hubby balik semua dah siap. Lambat nanti tak sempat pulak dia makan sebelum solat jumaat...

Daging korban ada, kalau simpan lama dah tak sedap. Jadinya kebetulan mamak haji posted resepi ni kat fb.

Menurut mamak haji, resipi ini adalah versi Mamak Penang. Maka jangan keliru dengan resipi-resipi yang lain. Resepi Masakan ini adalah masakan orang Penang yang paling ringkas dan amat lazat sekiranya dimakan bersama "air asam" dan dalca.

Resepi ni menurut kata mamak haji merupakan resepi keluarga mertua dia....

Bahan-Bahan:-

1 kg daging - dipotong agak besar (12 - 14 ketul) direbus sehingga lembut dan jangan lupa simpan air rebusan untuk memasak nasi kemudian.

Kalau tak mahir potong daging, biar saja penjual daging memotong untuk anda. Cuma bagi tahu berapa ketul yang anda perlukan. Kalau Daging segar korban peh!..tak yah rebus ia adalah amat baik.-

1 kg berasmathi (kalau untuk niaga boleh gunakkan beras 5% hancur). Dibersihkan dan jangan lupa ditoskan supaya beras ini perlu berada dalam keadaan kering supaya tidak hancur semasa memasak nanti.

Sukatan air rebusan daging yang diperlukan sama dengan sukatan beras 1:1. ( Sekiranya dua pot beras dua pot air rebusan daging).-

3 sudu besar kimball tomato sup.-
3 sudu Yogurt asli (tairu) atau susu cair 1/2 tin.-
Gula batu sedikit dan Garam secukup rasa.- Bawang Goreng untuk ditaburkan.Bahan-

Bahan Untuk Menumis:-
1 senduk besar minyak masak (lebih kurang 4-5 sudu besar).-
2 sudu besar minyak sapi.-
2 sudu besar rempah daging.-
1/2 sudu kecil Jintan Manis.-
1/2 sudu kecil Jintan Putih.-
1 sudu besar rempah beriani.-
100gm buah badam yang direndam, dibuang kulit dan di mesin halus.-
sedikit buah kismis dan Jangus.-
1 sudu besar bawang putih + halia telah dimesin.-
2 biji bawang besar telah dimesin halus.-
1 biji bawang besar dihiris.-
1 helai daun pandan di potong 3 inci panjang.-
1 sudu kecil Garam masala -
Kayu manis 1,
bunga lawang 3,
cengkih 4 dan
buah pelaga 4.

Cara-Cara Memasak:

1. Panaskan periok, masukkan minyak kemudian minyak sapi.

2. Bila minyak panas, masukkan Garam masala, bawang hiris, bawang putih dan halia dikisar, daun pandan, biji jangus dan kismis dan bawang dikisar.

3. Bila tumisan mula keluarkan bau yang harum masukkan daging yang telah rebus, masukkan rempah kari dan beriani, tairu dan kisaran buah badam. Jangan sampai hangit dgn segera masukkan air rebusan daging yang telah tapis. Masukkan gula batu dan garam secukup. Rasa kemasinan air. Tutup tudung periok.

4. Apabila air mula mendidih buka tudung dan masukkan beras dan kacau perlahan. Apabila air mula mendidih, Kecilkan api dapur dan tutup tudung periok dgn ketat. Boleh tindihkan tudung dgn benda yg berat seperti batu lesong supaya wap tidak terlepas keluar dgn banyak.

5. Tunggu sampau wap mula cuba keluar dari tudung periok isyarat nasi mulai sejat. Buka tudung periok. Masukkan sedikit warna kuning pada dua atau tiga lubang yang terbentuk hasil dari nasi yang sedang mendidih. Tutup kembali tudung dan kecilkan lagi api dapur supaya nasi tidak akan hangit.

Biasanya nasi akan masak dengan sempurna 25minit - 35 minit. Api dapur perlu dijaga supaya nasi tidak hangit. Kepada yang baru ingin mencuba dan tidak pandai mengawal api dan masak dalam kuantiti kecil boleh gunakan kuali leper sebagai pelapik periok anda supaya api dapur boleh dikawal.

6. Apabila nasi telah masak mencungkil menggunankan sudip dan terbalikan nasi dari bawah ke atas supaya nasi lebih peroi. Dua atau tiga kali memadai.

7. Jangan kerap buka tudung periok nasi. Ini akan menyebabkan wap terkeluar banayak dan Nasi anda menjadi mentah. Sekiranya nasi anda menjadi mentah, renjiskan air panas (guna sudu) ke atas nasi dan masak kembali dengan api yang sama. Hahaha...kalau mentah juga...kukus saja nasi itu...hehehe!. Jadi Nasi Daging Kukus hahaha!.

Selamat mencuba. Kalau masih keliru dan was-was atau ingin tahu mengenai rempah bolehlah email kat Mamak: mohd.roslan99@gmail.com.

Untuk garam masala dalam resepi ni saya guna yang dah siap....adik belikan kat bahrain......tapi kalau susah tak tsu nak cari kat mana boleh guna resepi mamak haji ni....buat sendiri je kat umah...


RESEPI GARAM MASALA 

BAHAN-BAHAN:
4 sudu besar (tbsp) biji ketumbar/corriander seed.
1 sudu besar biji jintan putih/cummin seed.
1 sudu besar lada hitam.
1 1/2 sudu besar halia kering/salai (senang boleh didapati di kedai rempah.
3/4 sudu besar buah pelaga.
3/4 sudu besar cengkih.
3 kuntum bunga lawang.
5 biji cili kering.
3/4 sudu besar kulit kayu manis yg telah dihancurkan.
3/4 sudu besar daun salam India/daun beriani yg telah dihancurkan (selalunya jenis kering rapuh dijual dikedai mamak rempah).

CARA-CARA:
1. Goreng kering semua rempah ini dengan api dapur sedrhana. Jangan hanguskan.
2. Selepas garing, keluarkan dan sejukan. Bila sejuk keluarkan isi (biji) buah pelaga untuk elak pahit.
3. Kisar kesemua rempah di pengisar kering sehingga halus. Boleh juga adunkan dengan serbuk buah pelaga 1/4 sudu kecil. 
Simpan dibotol yang kedap udara. Tempoh penggunaan adalah sehingga 6 bulan.

AIR ASAM:

Cili Api, 
Belacan Bakar
lada merah

- masukkan dalam blender kisar (jumlahnya perlu anda yang kena tentukan kalau nak pedas bubuhlah lebih sikit kalau tak mahu pedas kurangkan).

Masukkan perahan air limau nipis, gula, garam dalam bahan kisaran tadi.Hiris bawang besar dan tomato sedang masak dan gaulkan sama rata. 

Boleh juga masukkan hirisan cili hijau. Kalau nak sedap lagi tambah kerisek. Jadilah ia Air Asam.

Wednesday, October 16, 2013

Hati lembu masak lempap

Masakan ni adik beradik dengan ungkep. Ejaan dia nih tak pasti la yg mana betul sebab dlm blog mat gebu ada satu n3 tu dia tulis lempab dan yang satu lagi lempap. Tapikan apa2 pun ejaannya janji sedap.....

Hehehe....masa buat pengambaran lauk nih....tetiba anak nombor 3 menjerit2 panggil kakak dan adik dia suruh ke dapur. Ingatkan apa benda la....rupanya dia suruh diorg tengok ummi masak katak......huhuhu, baru nak eksyen buat platting hias cili hijau kat lauk tuh.....ayah dia balik pun dia sibuk bercerita ummi masak kaki katak.......sabo jer la anak ummi nih...

Oleh: Azie Kitchen 

Bahan bahan:

600 gram hati lembu
1 biji bawang besar, belah 6 dan leraikan
Kicap cair secukup rasa
*1 camca besar ketumbar biji
* 1/2 camca teh jintan kasar
*1/2 camca teh jintan halus
*1 camca teh lada hitam biji (boleh ganti dengan cili hijau atau cili padi dan kisar dengan bawang dll tu)
Garam secukup rasa
Sedikit gula
2 ulas bawang putih, cincang halus
Hirisan daun sup untuk hiasan
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan Kisar Halus:

6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai, hiris
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup

Cara cara:

Hati lembu dihiris nipis dan lebar lebar. Gaul dengan tepung gandum dan perap sekejap, kemudian cuci bersih dan toskan. Sangrai atau goreng tanpa minyak bahan2 bertanda (*) hingga harum, kemudian kisar hingga halus, gunakan kisar bahan kering.

Ketepikan.Masukkan hati lembu tadi dalam satu bekas, tambah bahan kisar halus dan rempah yang dikisar kering tadi. Masukkan sedikit garam dan gaul rata. Perap sekurang2nya 1 jam atau semalaman untuk lebih berperisa.Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih cincang hingga harum.

Masukkan hati lembu, gaul rata dan masak hingga mendidih. Kecilkan api dan terus memasak hingga pekat. Masukkan kicap cair secukup rasa dan secubit gula.

Kacau rata.Tambah bawang besar dan gaul rata. Masak hingga bawang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup sebelum dihidangkan bersama nasi panas...

Tuesday, October 15, 2013

Nasi ketumbar cili hijau

Nasi ni saya buat untuk gathering raya haji kat umah adik. Adik request masakkan nasi sebab dia takde periuk besar....asalnya nak masak nasi beriani johor tapi en hubby tak balik2 dari kerja rewang korban kat surau. Kalau lewat sangat dan dia penat nak masak pulak tentunya kelam kabut. Daun ketumbar banyak, cili hijau pun selambak, jadi terkeluarlah idea masak nasi special nih....sesuai kot makan dgn bbq....

Resepi diadaptasi dari nasi ketumbar...
Kejadiaan soooooo yummmyyyyyy.

Bahan: 

5 cawan (basuh, rendam 20 minit dan toskan)
3 s/b mentega/minyak sapi
sedikit minyak masak
1 1/2 biji bawang besar (dimayang halus) 
*3 pokok daun ketumbar
*4 biji cili hijau
(*kisar halus dengan 4 cwn air) 
garam secukup rasa
3 sb sunquick oren
2 kiub ayam 
Air 3 cawan

Cara-cara 

1. Basuh beras, rendam 20 minit dan toskan. 2. Cairkan minyak sapi bersama sedikit minyak.  Masukkan bawang; goreng sehingga wangi dan masukkan kiub ayam.  Kemudian masukkan daun ketumbar, cili hijau yang telah blend tadi, air dan garam. 
3. Biarkan mendidih dan masukkan beras. Kacau rata perlahan2 supaya beras tak patah. Tanak seperti nasi biasa. 
4. Tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan gemburkan sebelum dihidang. *daun ketumbar yg diblend tak perlu ditapis kalau ditapis akan mengurangkan aroma daun ketumbar dan cili dlm nasi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...