Thursday, December 27, 2018

Briyani Gam Singapore Abang Sado JJ









Abg Sado JJ testing resepi baharu Ahad lepas. Briyani gam....resepi lebih simple berbanding briyani johor abg sado jj tapi rasanya tetap cenggini๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘. Cuma kerjanya sedikit renyah tapi berbaloi baloiiiii..


Briyani Gam Singapore Abang Sado JJ

 @ http://zulfadreamland.blogspot.my

Daging 3 kg - potong kiub besar
7 biji bawang besar
2 labu bawang putih
4 inci halia
200 gm rempah briyani
2 pokok chinese leek - potong 2 inci
3 pokok daun bawang - hiris
3 pokok daun ketumbar - hiris
1 ikat daun pudina (ambil daunnya)
2 biji tomato belah 4
250 gm tomato puree
3 btg kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
9 biji buah pelaga
Gula batu (dalam sebesar 3 ibu jari)
1/3 tin Susu cair
1 cawan madu
Garam secukup rasa
1  senduk Minyak sapi
3 senduk minyak masak
Bawang goreng

Kisar bawang, bawang putih dan halia. Satukan semua bahan kecuali bawang di dalam periuk yg boleh memuatkan nasi. Masak hingga separa empuk. Masukkan bawang goreng. Kacau.


Sementara menunggu daging separa empuk sediakan nasi

4 cawan beras, basuh, rendam 30 minit dan tos.
2 biji bawang besar
1/2 labu bawang putih
2 inci halia
3 sb Rempah briyani (jadikan pes)
5 sb tomato puree
2/3 tin susu cair
2 pokok daun ketumbar  - hiris
1 ikat daun pudina ( ambil daunnya)
1 pokok chinese leek - potong 2 inci
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
Gula batu (dalam sebesar 1 ibu jari)
2 helai daun pandan
Garam secukup rasa
Air yg banyak untuk merebus
3 sb minyak sapi
Minyak masak untuk menumis
Kain kasa/cotton (Kain Briyani)
Alas periuk
Pewarna safron/kuning telur


Kisar bawang, bawang putih dan halia. Panaskam minyak. Tumis rempah tumis hingga naik bau. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan air, masak hingga mendidih. Masukkan daun2, garam dan beras. Masak hingga 2/3 masak. Toskan.

Letakkan alas periuk dan kain briyani. Tuang nasi yg telah ditoskan. Tuang ke dalam kain, tabur pewarna...renjis2kan dengan minyak sapi. Tuangkan pes rempah, tomato puri dan susu cair. Gaul2kan sedikit. Balut nasi dengan kain.

Tutup periuk dan gam sekelilingnya dengan doh tepung supsya wap tak keluar. Kecilkan api dan  biarkan masak selama 2 - 3 jam.  (Api kena betul2 kecil supaya lauk tak hangit.). Bila dah masak, buka gam dan tudung periuk keluarkan kain bersama nasi didalamnya...kareh rata. Taburkan bawang goreng jika suka.

Hidangkan bersama lauk dan jelatah/pecuk


Saturday, December 15, 2018

Easy strawberry cake with strawberry sauce: Kek strawberry mudah dengan sos strawberry



Membaking easy strawberry cake untuk tetamu malam ni....stock strawberry mark down aritu lum guna rupanya......

Sedap....nyaman...lembut ya amat...not too sweet....ilioke.... Tq to Natasha kitchen share resepi yang saya dah terjemah dan olah sedikit.

Easy strawberry cake with strawberry sauce
Kek strawberry mudah dengan sos strawberry

Untuk kek

2 biji telur gred A
1 cawan gula halus
1 cawan greek yogurt/sour cream
1/2 cawan minyak zaiton (light) atau minyak sayuran
1 sk esen vanila
2 cawan tepung gandum diayak.bersama 2 sk baking powder
1/4 sk garam
300 gm strawberry
1 sk gula ising atau dusting sugar utk hiasan


Cara2nya

Alas loyang bulat 9 inci dengan baking paper. Panaskan oven pada suhu 170 celcius.

Dalam mangkuk, pukul telur dan gula hingga gebu dan pucat selama lebih kurang 5 minit dengan kelajuan maksimum.

Masukkan yogurt, minyak dan vanila. Pukul sebati menggunakan kelajuan minimun.

Masukkan tepung yang telah diayak serta garam 1/3 bahagian sambil pukul sebati (kelajuan minimum). Ulang hingga tepung habis.

Tuang separuh adunan ke dalam loyang. Tabur 1/2 strawberry yang di potong kecil.

Tuangkan baki adunan dan ratakan. Hias dengan baki strawberry ikut kreativiti (bahagian kulit di atas)


Bakar selama 55 minit atau hingga keperangan (bergantung oven masing2). Biarkan kek di dalam loyang selama 15 - 20 minit sebelum keluarlan dari loyang dan sejukkan diatas redai.


Sambil tunggu kek masak boleh sediakan sos strawberry

1/4 cawan gula
400 gm strawberry

Kisar hingga hancur. Boleh dihidangkan terus atau saya masak hingga mendidih supaya tahan lebih lama.

Hias kek dengan dusting powder. Hidangkan bersama sos strawberry.


Nasi Ayam


Late lunch...baru siap makan.....kelaparan lagi cinta hati hamba........sementara menunggu ayam defrost  sampai terlelap....sudahnya lambat baru masak....

#nasiayamjer


Nasi ayam special

Untuk Ayam

1 ekor ayam - potong 8

Bahan perap

4 inci Halia
8 ulas Bawang putih
1 biji Bawang besar

Garam secukup rasa
3 sb Sos tiram
3 sb Kicap pekat
2 sb Gula perang
3 sb Minyak bijan

Kisar halia dan bawang putih dan bawang merah. Perap ayam dengan bahan di atas selama 30 minit.

Goreng ayam  di dalam periuk yang dalam sehingga minyak menenggelami ayam hingga keperangan.


Untuk Sup

Tulang, kaki, leher ayam

Rebus sehingga empuk.

Kisar

3 biji bawang besar
10 ulas bawang putih
4 inci halia

Rempah tumis

8 biji pelaga
2 batang kulit kayu manus
2 kuntum bunga lawang
8 kuntum bunga cengkih

Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Tumis rempah tumis hingga naik bau. Masukkan bahan kisar. Tumis lagi hingga pecah minyak. Tuang dalam rebusan ayam. Masak hingga mendidih. Perisakan dengan garam secukup rasa.


Untuk nasi

3 cawan beras basmathi - basuh, rendam 30 minit, tos
4 1/2 cawan sup
Garam secukup rasa

Satukan beras yg telah ditos dan sup ke dalam periuk nasi. Perisakan dengan garam. Masak seperti biasa.


Untuk sambal

6 ulas bawang putih
20 biji cili padi
Kicap
2 sb minyak bijan
6 sb sos cili

Kisar hingga lumat. Tuangkan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.


Pelengkap hidangan
Salad
Timun
Tomato
Daun bawang & sup

Thursday, December 13, 2018

Kek Gula Hangus aka Sarang Semut versi takyah nak perap berjam2 nak bagi bersarang hokay..


Habis sepiring kek sarang semut aka kek gula hangus.....lama dah tak baking....tadi balik dari opis dah dekat pukul 8....selesaikan apa yang patut pastu duduk kejap luruskan urat2 kaki yang rasa macam nak terkeluar tu....tetiba teringat kat kek gula hangus ni......lama wooo tak buat...last masa bekalkan atuk pegi Bahrain kot.......ermmmmm dapnya...teringinnya....maka bangun la ke dapur yang dah dua hari tak dijenguk....rindu pulak nak kecahkan dapurjadi kita pun godak2....masuk oven....tadaaaaa....siap kek kita....sodapnya lalu kat tekak kek suam2 kuku nihhhh...

Tq kak ash wardah share resepi versi mudah dan.kurang manis berbanding resepi asal...



KEK SARANG SEMUT

3 biji telur A
1 cawan gula hangus
1 cawan air panas
150 gm mentega cair
3/4 cawan susu pekat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda
1 cawan tepung

Cara²:

Cairkan gula dan masak hingga gula berubah warna ke perang gelap (jangan sampai hangit nanti kek pahit). Guna api sederhana agar tidak hangit.  Masukkan air panas dan didih sampai gula hangus tadi hancur.

Dalam periuk, cairkan mentega.

Pukul telur hingga kembang . Masukkan susu pekat . Kacau sebati. Masukkan esen vanilla diikuti marjerin yg dicairkan td. Kacau sebati.

Masukkan pula tepung yang diayak bersama soda dan baking powder, kacau sebati.

Akhir sekali masukkan gula hangus dan kacau sebati. Tapis adunan sekiranyakelihatan tepung yang berketul dan tuangkan ke dalam loyang saiz 8 inci yang di alas dengan baking paper.

Panaskan oven pada suhu 170 . Bakar kek selama 30 minit api bawah sahaja dan 15 minit lagi api atas bawah.


Tuesday, December 11, 2018

Quick grilled chicken with fresh oregano


Tengahari semalam masakkan ayam untuk lunch....menu bakar2 tanpa nasi. Memang lately kurang masak nasi....usaha nak kurangkan berat badan Iman sbb kalau berat badan dia naik takut tulang belakang  yang belum tumbuh penuh tu tak mampu nak tampung berat yang berlebihan.

Semua kena berkorban makan makanan diet sihat ummi ni.....tapi serius sedap....bukan saya kata.....tapi tetamu yang kebetulan ziarah iman tengahari semalam saya jamu menu ni juga......simple but healthier and delicious....saya patut ucapkan terima kasih pada Oh Sweet Basil sbb share resepi super yummy ni.....


Quick grilled chicken with fresh oregano

1 sb smoked paprika
2 sk Oregano segar - cincang
1 sb bawang putih - cincang halus
Serbuk lada hitam secukup rasa
2 sb extra virgin
1 biji lemon belah 2
1 biji bawang besar belah 2
2 keping dada ayam tanpa tulang (saya guna paha ayam)

Panaskan oven/grill. Satukan semua bahan2 marinate di dalam mangkuk dan minyak zaiton. Masukkan ayam dan salut ayam dengan bahan marinate. Biarkan ayam seketika sementara oven panas.

Susun ayam,  bawang dan lemon (flesh side down) di dalam dulang atau bekas yang sesuai. Bakar hingga masak pada suhu 250°Celcius (lebih kurang 30 minit).

Saya hidangkan dengan jagung serta kentang  dan brokoli celur.



Saturday, December 8, 2018

Mee Goreng Udang


Mee goreng udang untuk dinner malam ni....tadi tengahari makan mini pizza....malam layan mee....pagi kerabu megi.....kesian kat hubby....satu hari tak jumpa nasi. Malas nak.masak nasi sebab asyik.tak habis jer...anak2 dok craving makanan selain nasi. Hubby terpaksa mengalah nampak gayanya.

Esok la yer kita makan nasi pulak....plan nak buat lamb mandy....lama dah tak.layan.nasi arab.

Ps: photoshoot mee dalam kuali jer...jgn membawang kata kuali tak kilat tau, sentap hakak nanti....amik jer resepinya kalau berkenan....


Mee goreng udang

2 paket mee kuning - basuh dan toskan
400 gm udang
2 senduk cili kering kisar
4 sb sos tiram
4 sb kicap.pekat
4 sb sos cili
Garam.secukup rasa
8 ulas bawang putih - kisar
2 biji bawang besar - kisar
Sawi
Tauge
Minyak secukupnya

Panaskan minyak. Tumis cili dan bawang besar dan putih hingga pecah minyak.

Masukkan sos2 dan.kicap. Tumis sebati. Masukkan udang. Tumis himgga udang masak kemudian.masukkan mee. Gaul rata. Perisakan.dengan.garam secukup rasa. Masak hingga mee sebati dengan bahan tumisan. Akhir sekali masukkan sayuran. Kalau letak tauge, masukkan sebelum tutup api sbb saya suka tauge yang masih rangup.


Ayam masak merah


Ayam masak merah sesekali layan memang best....kali ni makan dengan nasi tomato...versi simple jer kali ni....


AYAM MASAK MERAH

Bahan A
1 1/2 ekor ayam - potong sederhana
1 labu bawang besar ~ potong gelang atau potong baji
1/4 cawan sos tomato
1/4 cawan sos cili
3 keping asam gelugur
Minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa
sedikit serbuk kunyit

Bahan B
15 tangkai cili kering Kisar
2 inc halia ~ kisar
3 ulas bawang putih ~ kisar
1 labu bawang besar ~ kisar
2 batang serai ~ titik
4 biji tomato ~ kisar
1 batang kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
8 kuntum bunga cengkih

Ayam cuci bersih. Kemudian gaulkan dengan garam dan kunyit dan goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan

Panaskan minyak dalam kuali. Tumis rempah tumis dan bahan yang dikisar hingga garing, pecah minyak dan harum. Masukkan sos2 dan kacau sebati.

Masukkan ayam, bawang besar, garam dan gula secukup rasa. Gaulkan sehingga sebati. Hidangkan bersama nasi tomato atau nasi lain yang sesuai.


Apple crumble cake


Apple crumble cake with ice cream and butterscotch sauce...... Anak.buah mengidam...sanggup pegi beli.aiskrim...apple....kupas apple.dan potong sume sanggup sebab teringin sangat nak makan lepas tengok post ig mak sedaranya nih.....๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜… @wahidahrahims_ enjoy your tea....๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜



You can't beat an old-fashioned dessert, like this delicious crumb cake, starring tender apple and sweet strawberries.
Featured in Winter recipes, Cakes
Strawberry crumble cake

Bahan2nya

200 gm mentega pada suhu bilik
155g (3/4 cup) gula kastor
2 sk vanilla essence
2 biji telur gred A
300g (2 cawan) tepung gandum
ayak dengan 1 sb baking powder
185ml (3/4 cawan) susu segar

Untuk apple filling

4 biji epal hijau granny smith - buang kulit dan potong dadu.
1/2 cawan Gula perang atau secukup rasa
Sedikit garam
1 sb tepung jagung bancuh dengan 1/2 cawan air
1 biji oren - perah jusnya
1 sk serbuk.kulit kayu manis
Sedikit serbuk pala

Satukan semua bahan kecuali tepung jagung. Masak hingga gula cair dan air apple keluar. Biarkan seketika dalam 10 minit.

Masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga pekat. Kacau selalu sepaya tak hangit.


CRUMBLE TOPPING

75g (1/2 cawan) tepung gandum
50g mentega sejuk, potong kecil
55g (1/4 cawan, gula perang

Satukan dan ramas2 guna hujung jari hingga jadi serbuk kasar.

Cara2nya

Panaskan oven to 180°C. Alas loyang dengan baking paper. Saya guna loyang 11 inci (boleh guna loyang bulat springform 20cm)

Pukul mentega, esen dan gula hingga pucat dan gebu.  Masukkan telur satu persatu sambil terus pukul hingga sebati.

Kemudian,.gunakan senduk untuk menggaul secara kaup balik susu dan tepung secara selang seli hingga habis.

Ratakan adunan ke dalam loyang. Sudukan  dan hias dengan buah strawbery.

Tabur crumb diatas permukaan adunan.

Bakar selama 50 minit (adunan kek saya nipis sbb memggunakan loyang besar jadi masa bakar lebih pendek, sekiranya guna loyang yang lebih besar dan adunan lebih tebal tambah masa membakar)

Keluarkan adunan dari loyang, sejukkan dan hidangkan.


Nasi tomato


Menu hari selasa.


NASI TOMATO

6 cawan beras - cuci dan toskan
1 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2 sb tomato puree
2 sb minyak sapi
5 sb minyak
Garam secukup rasa
5 cawan air

bahan tumis

3 ulas bawang putih - kisar
5 ulas bawang merah - kisar
1 inci halia - kisar
3 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang

1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah tumis dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau.
2. Masukkan susu cair, tomato, tomato puree, sos tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan beras dan masak sampai airnya hampir kering. Kacau sesekali.
4. Apabila nasi hampir kering, tutup periuk, tindih dengan pemberat dan kecilkan api. Biarkan tanak sepenuhnya selama 10 - 15 minit. Tutup api,.biarkan seketika sebelum dikareh rata.
5. Boleh dihidangkan bersana lauk ayam masak merah dan dalca atau kerabu timun.


Thursday, December 6, 2018

Ayam sambal bali


Ayam sambal bali....ayam bali yang femes jugak.....banyak kali lalu lalang gambar masakan ni orang share. Tengahari ni saya masak ayam ni makan dengan nasi jagung pedas tu.  Resepi lina pg saya guna cuba saya olah sedikit. Serainya saya kisar....kalau diketuk sayang tak dimakan.....mahal serai sekarang....bila kisar halus jadi gravy sedap  ngan nasi.

RESEPI AYAM SAMBAL BALI

Bahan-Bahan A

1 ekor ayam dipotong ikut
Garam dan kunyit
Minyak

Cara-Cara:

Ayam dibersihkan, perasakan dengan garam kunyit.

Panaskan minyak, gorengkan ayam (tak perlu terlalu garing, nak yang agak juicy.
Angkat kemudian ketepikan.

Bahan B (Kisar)

Cili kering segenggam - gunting dan rebus
6 labu bawang besar
1 labu bawang putih
1/2 inci halia
1 cm belacan

Bahan C

8 batang serai dititik - saya kisar
6 tangkai daun kari
4 sb kicap manis
Gula perang dan garam secukup rasa
Minyak (guna minyak lebihan goreng ayam td)



Cara-cara

Tumis serai, sampai separa coklat Masukkan daun kari dan goreng hingga garing dengan api sederhana

Kemudian masuk semua yg dah  dikisar tadi. Tumis hingga naik bau dan pecah minyak.

Masuk gula, garam serta kicap.

Masukkan ayam, masak lebih kurang 10 minit. Gaul sebati dan segala tumisan bersalut dengan ayam.

Dah siap tutup api.Sedia dihidang.

Nasi jagung pedas (spicy corn rice)


Menu hari khamis....nasi jagung pedas istimewa...

Nasi jagung pedas
Spicy corn rice @ http://zulfadreamland.com.my

5 cawan beras (saya guna beras biasa jer bukan basmathi
5 cawan cecair ( saya guna 1/2 cawan susu cair + 4 1/2 cawan air) (kalau guna basmathi cecair tambah 1 1/2 cawan lagi)
2 sb cili kisar ( boleh tambah kuantiti cili atau cili padi jika ingin lebih pedas) - saya buat pedas2 manja jer
5 tangkai daun kari
4 sb sunquick oren atau jus perahan 1 biji oren
1 biji bawang besar - hiris
1 cawan jagung - saya guna jagung frozen (nak lebihkan pun boleh)
6 kuntum bunga cengkih
6 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
2 batang kulit kayu manis
Minyak untuk menumis (boleh campur minyak sapi  jika suka)


Kisar

2 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
3 inci halia

Tumis bawang hiris, daun kari dan rempah tumis hingga keperangan dan naik bau.

Masukkan cili dan bahan kisar. Tumis lagi hingga pecah minyak.

Masukkan cecair dan sunquick. Perisakan dengan garam secukup rasa. Biarkan mendidih. Masukkan beras dan masak hingga air hampir kering. Masukkan jagung. Kecilkan api dan tutup periuk rapat2. Biarkan masak dalam lebih kurang 10 - 15 minit. Tutup api. Buka penutup dan titiskan pewarna kuning telur jika suka. Tutup semula. Biarkan 10 minit. Buka penutup periuk dan kareh rata nasi. Hidangkan dengan lauk pilihan.




Saturday, December 1, 2018

Apple pie


Lama dah tak layan apple pie. Dua malam lepas buat la 10 ketul pie ni guna 4 biji apple granny smith sebagai filling. Saya guna kulit pastry segera jer....tak rajin nak menguli. Beli lama dah tapi tak berkesempatan nak buat.

Lepas iman selesai pembemdahan ni ada la masa lebih.....sebelum ni sibuk dengan aktiviti buat kukis untuk kumpul sedikit sebanyak belanja untuk iman.


Pastry sheet ni senang nak.guna dan dipelbagaikan bentuknya ikut kreativiti.

Untuk filling saya guna resepi dibawah ni.

4 biji epal hijau granny smith - buang kulit dan potong dadu.
1/2 cawan Gula perang atau secukup rasa
Sedikit garam
1 sb tepung jagung bancuh dengan 1/2 cawan air
1 biji oren - perah jusnya
1 sk serbuk.kulit kayu manis
Sedikit serbuk pala

Satukan semua bahan kecuali tepung jagung. Masak hingga gula cair dan air apple keluar. Biarkan seketika dalam 10 minit.

Masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga pekat. Kacau selalu sepaya tak hangit.


Isikan ke dalam kulit pastry. Sapukan telur dan.bakar selama 20 minit atau hingga keperangan. Suhu 170 celcius.


Strawberry crumble cake


Sejak iman keluar dari hospital selepas menjalani pembedahan tulang belakang ni ramai jiran, kawan2 sedara mara datang menziarah. Ada ketikanya tak hidangkan apa2 pun sebab tak sempat.

Semalam hubby dan kakak ada...sambil2 tengok2kan iman sambil adun kek. Adalah rezeki tetamu kami. Sedap old-fashioned desert ni....manisnya sedang2. Resepi saya google dari sumber luar negara.....saya olah sedikit guna compote sbb strawberry kat sini agak masam.


Strawberry crumble cake

Bahan2nya

200 gm mentega pada suhu bilik
155g (3/4 cup) gula kastor
2 sk vanilla essence
2 biji telur gred A
300g (2 cawan) tepung gandum
ayak dengan 1 sb baking powder
185ml (3/4 cawan) susu segar

Strawberry compote dan strawberry segar secukupnya


Resepi strawberry compote

500 gm strawberry
3/4 cawan gula @ secukup rasa
1 biji perahan oren

Masak hingga pekat. Penyek2kan sikit strawberry yang dah lembut tu.

CRUMBLE TOPPING

75g (1/2 cawan) tepung gandum
50g mentega sejuk, potong kecil
55g (1/4 cawan, gula perang

Satukan dan ramas2 guna hujung jari hingga jadi serbuk kasar.

Cara2nya

Panaskan oven to 180°C. Alas loyang dengan baking paper. Saya guna loyang 11 inci (boleh guna loyang bulat springform 20cm)

Pukul mentega, esen dan gula hingga pucat dan gebu.  Masukkan telur satu persatu sambil terus pukul hingga sebati.


Kemudian,.gunakan senduk untuk menggaul secara kaup balik susu dan tepung secara selang seli hingga habis.

Ratakan adunan ke dalam loyang. Sudukan compote dan hias dengan buah strawbery.

Tabur crumb diatas permukaan adunan.

Bakar selama 50 minit (adunan kek saya nipis sbb memggunakan loyang besar jadi masa bakar lebih pendek, sekiranya guna loyang yang lebih besar dan adunan lebih tebal tambah masa membakar)

Keluarkan adunan dari loyang, sejukkan dan hidangkan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...