Sapa pernah makan petai belalang.....rasa dia macam petai biasa tapi rasa dia tak kuat sangat macam petai tu......petai belalang ni mudah sangat nak dapat berbanding petai biasa tu dan percuma pulak tu...tak perlu cari susah2 dalam kebun ke...hutan ke.....kalau kat bandar ni pun merata2 ada pokok petai ni....ada sesetengah kawasan tu dah jadi hutan pokok ni saja.....kalau rajin boleh buat niaga....rasanya ada orang nak beli tak....hahaha....kalau dijadikan satu jauada direstoran masakan kampung mesti lama2 jadi femes menu nih...
Sambal tumis ni saya campurkan sikit dengan petai biasa yang dah kecut tu....heeeee....cadang nak masak nasi lemak besok pagi....boleh la buat lauknya...
Sambal tumis petai belalang
Satu mangkuk ikan bilis - basuh, tos dan goreng
1 mangkuk kecil petai belalang
*6 ulas bawang merah
*6 ulas bawang putih
*20 biji cili kering (rebus atau rendam air panas hingga lembut)
2 batang serai di ketuk
1 biji bawang besar dipotong bulat
4 sb air asam jawa
garam dan gula secukupnya
minyak utk menggoreng dan menumis
Kisar *. Panaskan minyak yang digunakan untuk menghoreng bilis. Tumiskan * hingga pecah minyak. Masukkan serai, air asam, garam dan gula secukup rasa. Kacau seketika. Masukkan petai dan bilis. Kacau sesekali dan biarkan hingga petai masak dan sambal memekat. Masukkan bawang besar dan masak hingga bawang layu.
Jom tengok skit khasiat petai ni......
Khasiat pokok petai belalang digunakan untuk mengubati penyakit kencing manis. Akarnya direbus bersama-sama tiga cawan air. Biarkan kering sehingga tinggal satu cawan. Selawat tiga kali dan minum sehari sekali.
Petai belalang juga berkesan untuk merawat batuk dan demam campak. Daun-daun muda ditumbuk bersama-sama beras kemudian ditampal pada kerongkong untuk meredakan batuk. Boleh juga disapu pada seluruh badan untuk mengubati kudis campak.
Daun petai belalang juga berkesan untuk mengatasi masalah kelemumur atau kulit bersisik. Daunnya dibakar manakala abunya dicampur dengan minyak kelapa sebelum digosok ke kulit kepala. Balut dengan plastik pembalut rambut dan biarkan selama sejam sebelum dibilas dengan air bersih. Juga digosok-gosok ke bahagian kulit yang bersisik.
Untuk masalah kayap, rebus pucuk daun petai belalang dengan tawas. Air rebusan itu digunakan untuk mandi dan membersihkan badan.
selanjutnya baca kat link dibawah ni yer...
http://syifa-kesihatandalaman.blogspot.com/2010/03/khasiat-dan-kegunaan-petai-belalang.html?m=1