Sunday, April 30, 2017

Pasta Bolognese


Antara menu kegemaran anakanda bukan ayahanda.... Suka sangat anak2 kalau saya hidangkan pasta ni...berkali2 mengulang ke dapur.

Kuah bolognese ala ZLC
http://zulfadreamland.blogspot.my

30 biji cili kering - rebus dan kisar halus
4 kg tomato - kisar
1 tin tomato puree (optional - saya letak untuk dapatkan warna sos yang lebih merah)
2 biji bawang holand cincang
1 labu bawang putih ketuk atau cincang
2 kg daging cincang
2 sb lada hitam
2 sb oregano
2 sb basil
10 helai daun bay
2 sb pasley
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis


Sayuran

3 batang celery - potong kecil
1 biji cili benggala potong kecil
2 tin cendawan butang @ 3 paket cendawan butang segar - hiris

Tumiskan bawang dan bawang putih hingga layu dan naik bau. Masukkan cili kisar. Tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan daging. Tumis hingga air daging kering.

Masukkan tomato kisar dan puree. Biarkan mendidih. Masukkan bahan2 lain kecuali cili. Masak hingga sayur empuk dan rasa masin dan manisnya. Akhir sekali masukkan cili benggala. Kacau sebati dan tutup api.

Cara hidangan

Pasta yang direbus empuk
Parutan cheese

Ambil sedikit pasta dan masukkan ke dlm pinggan. Tuang kuah di atasnya. Parutkan cheese di atas kuah.


Mihun / bihun / meehon goreng tomyam


Menu majlis ilmu minggu lepas. Dah lama tak masak mihun tomyam ni. Hubby mulanya suruh gorengkan mihun singapura tapi teringat pulak mihun tomyam yang dah lama tak makan.

Mihun ni kaya dengan perencah sebab ada kawan infaqkan sotong dan udang. Sedap sangat la kot...3 bungkus tak cukup....saya sendiri tak sempat nak jamah. Alhamdulillah.


Mihun / bihun / meehon goreng tomyam
http://zulfadreamland.blogspot.my

Bahan2nya

1/2 paket meehon direndam
10 ekor udang (boleh dipelbagaikan ikut citarasa)
3 sb paste tomyam (saya guna paste homemade)
2 sb sos tomato
2 sb sos tiram
(kali ni saya tambah 1 sb pes cili homemade)
4 helai daun limau purut dihiris
Sawi dipotong kecil
Karot dihiris halus
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

-------
Panaskan minyak.
Masukkan paste tomyam, pes cili dan tumiskan seketika.

Masukkan sos tomato dan tiram gaul rata dan biarkkan seketika. Masukkan karot dan daun limau purut.

Toskan meehon dan masukkan ke dalam kuali.
Gaul rata meehon. Perisakan dengan garam.

Bila meehon dah sebati, masukkan udang dan masakkan hingga udang berubah warna dan melengkung.

Masukkan sawi, gaul rata dan masakkan hingga sawi layu.

Hidangkan bersama cili potong dan bawang goreng serta hirisan limau jika suka...


Resepi paste tomyam

5 ulas bawang merah
5 biji cili merah
5 biji cili kering
1 inci lengkuas
2 batang serai
1 sudu udang kering
3 helai daun limau purut
1 inci belacan (dibakar)

air asam jawa, gula dan garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Kisar semua bahan Kecuali asam, garam dan gula. Panaskan minyak. Tumis hingga naik bau. Masukkan air asam, garam dan gula secukup rasa. Masak hingga jadi paste. Sejuk dan simpan.

Roti burger



Hari ni semangat nak meroti....nak testing BM yg dah beberapa bulan dibeli. Tadi beli daging burger dan memang sengaja tak beli rotinya sebab nak buat sendiri.

Saya guna resepi biasa... Alhamdulillah cantik juga kejadiaannya.


Resepi roti burger @ ZLC

Bahan2nya

500 gm tpg roti
10 gm yis
5 gm improver
50 gm butter/margerin/minyak zaiton
300 ml air ais + 3 sb susu pekat.
40 gm gula
8 gm garam

Bijan untuk hiasan

Cara2nya

Satukan bahan dan uli hingga doh licin. Perap doh selama sejam. (kadang saya tak perap pun doh ni....lepas siap uli terus bahagi dan masukkan dalam loyang) Tumbuk doh. Bahagikan adunan.... Dah siap bentuk, biarkan naik tiga/empat kali ganda atau proof 60 minit atau 90 minit (ikut suhu masa tu....kalau cuaca sejuk, masa proof lebih lama). Spray permukaan dengan air dan tabur bijan.

15 minit sebelum tempoh proof tamat, panaskan oven suhu 170 C. Dah siap proof boleh la bakar selama 20 minit atau hingga keperangan. Dah siap bakar. Keluarkan dari loyang dan sejukkan atas rak dawai. Kemudian bila dah sejuk boleh la simpan dalam bekas.


Friday, April 28, 2017

Buttered Prawn with Egg Floss


Menu hari ni. Hari ni ambil cuti. Kebetulan jumaat ada pasar kat Jalan Paip Meru nih...lama tak pegi. Lepas hantar anak sekolah, singgah la pasar ni...cari lauk untuk stok minggu depan. Weekend ni tak sempat nak ke pasar dah. Kenduri kawen adik ipar kat Pahang.

Tengok udang galah tadi teringin pulak nak buat kari....tapi bila dah masak lain pulak hasilnya....hehehe...kepala fenin...jadi masak yg mudah2 jer....itu pun lambat masak. Anak balik sekolah sampai tertidur2 tunggu lauk siap....tapi berbaloi tunggu.....kannnnkannn.


Buttered Prawn with Egg Floss
@ http://zulfadreamland.blogspot.my

BAHAN BAHAN :
1 kg ekor Udang size besar atau Sederhana
Sedikit Garam
1 sk Lada hitam
1 sk serbuk paprika
70 gm mentega + 5 sb minyak untuk menggoreng
3 ulas Bawang Putih ~~ dicincang
6-8 tangkai Cilipadi ~~ dihiris (tak letak kali ni)
*5 tangkai Daun Kari (lupa letak kali ni) - lurutkan

Cairkan mentega dan masukkanminya. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili dan udang. Tumis hingga udang berubah warna. Perisakan dengan lada hitam, paprika dn garam secukup rasa. Goreng lagi hingga udang masak. Jangan goreng terlalu lama sangat nanti udang akan mengecut, tak cantak dan agak keras bila dimakan. Angkat dan masukkan ke dalam bekas hidangan.

*Goreng daun kari hingga garing dan tabur ke atas udang.


Untuk flos telur

7 biji kuning telur
1/4 cawan Susu Cair

Satukan telur dan susu. Kacau sebati. Panaskan minyak yg banyak. Guna chop stick, buat pusingan di dalam minyak tadi. Angkat mangkuk adunan telur tinggi dan tuang perlahan2 ke dalam minyak sambil  tangan yg satu lagi terus membuat pusingan di dalam kuali. Goreng hingga garing. Angkat dan tos minyaknya. Taburkan Sarang Telur/Floss yang kita buat tadi ke atas hidang udang.



Apam Comel aka Apam Polkadot


Bahan jualan untuk kelab Abd Rahman Auf Tadika anak. Anak2 tadika diajar berniaga....hasil jualan dibahagikan 3....1 bahagian utk tabung kelab, 1 utk infaq, 1 utk peniaga. Alhamdulillah, moga anak ummi jadi usahawan sehebat Abdul Rahman Auf....boleh infaqkan sebanyak2 hartanya untuk jalan Allah.


Untuk sediakan apam ni, subuh2 kitab dapur saya dah dihiburkan dengan bunyi mixer.  Malam taditak sempat nak buat...kepenatan pun ada. Jadi kena siapkan subuh2 buta ni. Suka anak2 bila bangun pagi tengok apam comel dah terhidang. Sikecil pun tak sabar nak tolong pack apam untuk dibawa ke sekolah. Moga2 laris jualan anak ummi hari ni.


APAM COMEL AKA APAM POLKADOT
@ http://zulfadreamland.blogspot.my

Bahan-bahan

3 biji telur-dari peti sejuk
275 gm tepung gandum/tpg kek
220 gm gula halus
150gm susu segar/UHT
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete

Inti pilihan

Blueberry filling
Inti kelapa
Inti kacang merah


Cara-cara

Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk.
Pukul dgn menggunakan mixer pada kelajuan maxima selama 6-8 min.
bahagikan kepada beberapa mangkuk & titiskan pewarna mengikut citarasa.
masukkan setiap warna ke dalam piping bag ( atau beg plastik yg bersih).
Pipe kan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yg telah disusun didalam acuan.
masukkan inti.
Pipekan lagi adunan yg berlainan warna sehingga 3/4 penuh.
Kukus didalam kukusan yg telah dipanaskan selama 10-15 min.


Wednesday, April 26, 2017

Beef Lasagna


Menunaikan permintaan anak-anak. Malam Ahad lepas bawa anak makan kat restoran sempena besday puteri ke 2. Saya memang tak sempat nak sediakan apa2 sebab kena pulak hari besday dia tu jatuh pada hari saya bertugas untuk temuduga calon pelajar. Adehhhhh....kesian anak2. Nak buat camna.....jadi sampai jer ke rumah selepas azan maghrib...tak sempat mandi dan tukar baju, teruslah keluar makan. 

Kat restoran, bagi anak2 pilih menu sendiri....ada yang oder fish n chips, dan yang sulung oder lasagna....sudahnya semua serbu makanan kakak....makanan sendiri tak termakan. Disebabkan masing-masing pakat tak puas makan lasagna malam tu, ummi pun janji la nak buatkan....memang bersungguh2 diorang makan. Puas hati dapat makan kenyang kalini....

Lasagna kali ni saya guna resepi yang saya olah dari sumber John Chandler @ allrecipe.com. Sedap kata mereka dan saya yakin ianya sedap walaupun saya langsung tak menjamahnya dari cara diorg makan....bersungguh-sungguh dan bertambah2....Alhamdulillah.


World's Best Lasagna @ ZLC
@ http://zulfadreamland.blogspot.my

500 gm daging cincang
1 cawan bawang besar cincang
5 ulas bawang putih cincang
5 biji tomato - buang kulit dan cincang
1 tin besar tomato puree
1/2 cawan air
2 sb gula @ secukup rasa
1 1/2 sk basil leaves
1/2 sk serbuk jintan manis
1 sk Italian seasoning @ Mix Herbs
1 sb garam atau secukup rasa
1 sk serbuk lada hitam
4 sb daun parsley segar - cincang
12 keping lasagna
300 - 400 gm ricotta cheese (saya ganti dengan cream cheeese)
1 biji telur
sedikit garam
250 gm mozzarella cheese, sliced
3/4 cawan parutan Parmesan cheese
Minyak zaitun untuk menumis

Cara-caranya

Tumis bawang2 hingga naik bau. Masukkan daging dan tumis hingga daging berubah warna dan airnya kering. Kemudian masukkan tomato cincang dan puree serta air. Masak hingga mendidih.

Perisakan dengan gula, garam, basil, jintan, Italian seasoning, 1 sb salt, pepper, and 2 sb parsley.

Biarkan merenih selama 45 minit dan kacau sesekali supaya tak berkerak.

Sementara itu, panaskan air dan masukkan sedikit garam. rebus lasagna hingga lembut. ikut arahan di pack. Toskan pasta dan basuh dengan air. (Kalau tak nak rebus - rendamkan pasta ni sebentar dan sos kena lebih berkuah)

Dalam mangkuk, satukan cheese ricotta dan telur. Panaskan oven pada suhu 190 Celcius. Ambil loyang/bekas bakar, ambil 1 1/2 cawan sos dan tuang di dasar loyang bersaiz lebih kurang 9 x 13 inci. aturkan 6 keping pasta. tuang 1/2 adunan ricotta diikuti 1/3 mozzarella dan tabur 1/4 cawan parmesan.  Ulang proses dan akhiri dengan lapisan mozzarella dan parmesan cheese. Cover dengan aluminium foil ( to prevent sticking, either spray foil with cooking spray, or make sure the foil does not touch the cheese.)dan bakar selama 25 minit. Buka foil dan bakar lagi selama 25 minit. Sedia dihidangkan.


MUfin Pisang Cip Coklat



Kisah semalam...sekembali dari pejabat. Anak dah lama bagitau nak bawak something untuk bagi pada kengkawan sempena birthday dia. Sepanjang perjalanan balik dari pejabat semalam  dok fikir apa yang nak dimasak untuk memenuhi hasrat dia. Bila terpandang resepi perkongsian dari Zuraidah dari group telegram kk@pbt terus macam terpikat dan kebetulan dulu semalam ada beli sesikat pisang berangan yang belum masak sangat. Semalam sampai rumah tengok pisang tu memang dah cukup sempurna masaknya dan sesuai sangat dikorbankan untuk buat kek/muffin. 

Mula-mula saya cuma adun dua bancuhan. Dapat lebih kurang 50 ketul mufin comel. Bila masak masing2 makan tak cukup satu....sedap sangat pulak katanya. Memandangkan kawan sekelas anak lebih 40 orang jadi saya adun satu bancuhan lagi dengan pisang yang berbaki 4 biji, saya tambah 4 biji pisang lemak manis dan segengam mulberi.....kali ni saya kisar bahan A guna pengisar. Saja nak tengok perbezaan hasil. Hasilnya takde beza pada saya....tanpa atau dengan pengisar hasilnya tetap lembut, gebu dan sedap....yumyumyum. Ingatkan ada lebih untuk dibawa ke pejabat tapi ermmmmmmmm.....Alhamdulillah. Habis...boleh buat lagi nanti.


Muffin Pisang Cip Coklat
@ http://zulfadreamland.blogspot.my

Bahan A

5 biji pisang berangan - lenyek
2 biji telur gred C
80 gm minyak masak
110 gm gula perang
1 sk esen vanila
- satukan dan adun sebati guna senduk atau whisk sahaja. (Resepi asal kisar sebati)

Bahan B

190 gm tepung gandum
1 sk Baking Powder
1/2 sk Baking Soda (sodium Bikarbonat)
1/4 sk garam
1/2 cawan choc cip

Masukkan B (dan 1.4 cawan cip coklat) ke dalam Bahan A. Gaul sebati menggunakan whisk atau senduk. Isikan adunan ke dalam muffin cup 1/3 penuh dan tabur baki cip coklat. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama 15 minit pada suhu 160 celcius selama 30 minit atau hingga masak.


Sunday, April 23, 2017

Ikan Masak Tempoyak


Menu mudah....tak perlu kupas bawang. Masakan kampung perak, pahang. Sedap dan menyelerakan bagi penggemar tempoyak. Anak2 saya pun dah pandai makan gulai ni.


Ikan masak tempoyak (gulai masam tempoyak)

Sekilo ikan (yg ni guna ikan barrachuda)
3 senduk tempoyak
3 biji cili merah + 15 biji cili padi
2 inci kunyit hidup
Garam secukup rasa

Boleh masukkan tomato, bendi, timun tua, kulit tembikai....ikut citarasa
kalau ada daun pepijat - sedap kalau letak
takpun letak la skit daun kesum
Air dan garam secukupnya

Tumbuk cili dan kunyit hidup hingga lumat....
Satukan semua bahan dalam periuk. Masak hingga mendidih dan ikannya masak......dah siap....tak payah kupas bawang pun...

Sotong Goreng Kunyit Sedap


Menu simple yet delicious.... Kat rumah ni, kalau hari kerja biasanya saya masak lauk pauk yang mudah. Biasanya satu lauk saja memadai....tiada hidangan yang memenuhi meja. Asalkan family boleh menikmati makanan yang dimasak di rumah dah syukur sangat.


Sotong goreng kunyit sedap @ ZLC
Simply delicious

4 ekor sotong - potong bulat (kali ni saya guna sotong kecik - cumi)
2 inci halia -hiris
4 ulas bawang putih - hiris
1 biji bawang besar - hiris
Cili api - hiris (guna cili masak atau cili hijau pun ok...tak pun nak guna cili benggala pun boleh))
Serbuk kunyit dan garam secukup rasa

--------
Gaul sotong dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan2 hiris hingga naik bau. Masukkan sotong. Goreng sampai masak. Sedia dimakan.


Saturday, April 22, 2017

Kek Coklat Horlick Kukus


Setelah beberapa hari eikirkan menu yg nak dibawa ke program rehlah sekolah anak pagi ni akhirnya malam tadi saya buatkan kek kukus ni.

Lama juga tak buat kek kukus horlck ni sebab jarang beli horlick. Sedap kek ni...secukup rasa...mewah dengan topping coklat compound seberat  hampir 1 kg. Memang kaya dengan rasa coklat sebenar..... moh le kita mengukus...




Kek Coklat Horlick
@ http://zulfadreamland.blogspot.my

*2 cwn tepung gandum + 1 sk serbuk penaik
*1 cwn serbuk koko (best yg pahit mcm vochella / van houten)
*1 cwn horlick original
3/4 cwn gula pasir
1 cwn susu pekat manis
1 cwn minyak jagung/minyak masak/mentega cair
1 cwn air kopi  O tanpa gula panas mendidih
4 biji telur


Cara :-
1. Panaskan kukusan. Sapukan loyang dengan butter & taburkan sedikit tepung spy x melekat.
2. Pukul sikit telur (guna garfu je mcm buat telur dadar).
3. Ayak *. Satukan semua bahan kecuali air panas. Gaulkan sebati.
4. Last sekali masukkan air panas. Kacau sebati hingga tak bergentel; tepung tak berketul
5. Masukkan dalam loyang, kukus selama 1 jam / hingga masak bergntung kpd saiz loyang
6. Sejukkan. Hias sesuka hati. Sedap makan dlmakan dengan aiskrim vanilla.


Wednesday, April 19, 2017

Cucur Jawa



Macam-macam nama kuih ni. Kuih Cucur jawa aka Penyaram Lembut aka Topi Mexico. Tapi tak kisah la....apa pun orang panggil saya tetap suka kuih ni. Kalau buat, memang saya akan makan banyak. So far, Alhamdulillah. Resepi yang biasa saya guna ni menjadi....macam topi nyonya pegi kebun....

Ramai peminat kuih ni...dan ramai yang cuba tapi tak menjadi. Mana silapnya, hanya Allah jer yang tau....tak nampak macam mana orang buat jadi tak boleh nak komen.


Kuih Cucur jawa akak Penyaram Lembut aka Topi Mexico @ ZLC
http://zulfadreamland.blogspot.my

Bahan2:

500g tepung gandum
100g tepung beras
600 ml air
1 sk garam
500g gula apong/gula melaka  + 200 ml air
(kalau guna gula putih boleh kurangkan jumlah gulanya)
Minyak masak secukupnya

Cara2:

Masak gula dengan 200 ml air hingga gula cair sepenuhnya. Ketepikan. Apabila gula cair sepenuhnya boleh lah tambahkan baki air selebihnya.

Dalam bekas,satukan tepung gandum dan tepung beras dan garam.  Tuang air gula apong yg telah  ditapis ke dalam tepung dan kacau menggunakan hand whisk sehingga sebati. Tapis adunan dan perap semalaman.

Panaskan 1 cawan minyak masak (guna api perlahan),  ambil satu senduk kecil dan tuang adunan di tengah2 kuali. Biarkan sehingga ia masak dari tepi ke tengah dan tepinya kelihatan keperangan barulah diterbalikkan. Toskan minyak. Kuih ini memang digoreng satu persatu. Selamat mencuba!


KERABU NANGKA MUDA





Kerabu nangka muda ala pantai timur.....sedap banget... Isi ikan sebagai perencah menambahkan kelazatan dan khasiat dalam masakan ni. Saya ni memang peminat gulai nangka muda, tapi macam baru jer buat aritu. Sesekali tukar selera buat kerabu pulak. Celur2, hiris2, tumbuk2, gaul2 dah siap...mudah jer buatnya cuma leceh nak menyiang nangka muda yang bergetah2 tu jer. Nangka hasil kebun. Lain kali nak try buat rendang nangka muda pulaklah...


Kerabu nangka muda
http://zulfadreamland.blogspot.my

Bahan2
Nangka muda -direbus lembut dan toskan
Kelapa parut 1/2 biji   -disangai
3 ekor ikan selayang/sardin/kembung-direbus @ dibakar - ambil isinya
1 cawan santan pekat
1 biji bawang besar - hiris
1 sk serbuk ada hitam
2 batang serai - hiris
1 kuntum bunga kantan - hiris
4 batang kacang panjang - hiris
5 biji Cili padi @ ikut citarasa - hiris
Garam dan gula secukup rasa

Cara2nya

Tumbuk lada hitam dan serai sampai lumat. Masukkan isi ikan. dan tumbuk lagi.
Tumbuk kelapa parut yg telah disangai  sampai halus tapi jangan bagi pecah minyak.
Dalam bekas besar, satukan nangka muda, bahan hiris , bahan2 yg ditumbuk dan santan pekat dan gaul rata.
Perasakan dgn garam dan gula secukup rasa.



Monday, April 17, 2017

Makloubeh (Up Side Down Chicken Rice)



Menu hari minggu. Nasi arab Makloubeh /maqluba (up side down). Nasi ni dinamakan begitu sebab cara memasaknya....sayur, lauk disusun didasar periuk diikuti dengan nasi. Bila dah masak terbalikkan periuk ke atas dulang dan hidangkan. 

Nasi ni antara menu nasi arab yang ppular di Bahrain, Iraq, Israel, Jordan, Kuwait, Lebanon, Palestine, Saudi Arabia, Syria, dan Turkey. Sedap sangat dan berbaloi  dengan proses penyediaannya yang agak renyah. Bahan tak berapa nak sempurna. Kentang saya guna US potato...terlalu lembut setelah masak....dan bahan untuk salsa pun takde jadi saya hidangkan dengan sambal belacan jer...huhuhu. 

Selepas pukul 3 barulah siap makan...selalu lambat masak kalau weekend......berbaloi menunggu...Alhamdulillah.

Sumber saya kali ni kalau tak salah saya masih lydia honey....saya terlupa mencatatkan sumbernya masa mengopi resepi agak lama dulu. Tapi apapun...terima kasih berbanyak2 kepada yang berkongsi resepi lazat ni.


Makloubeh (Up Side Down Meat and Rice)
@ zulfadreamland.blogspot.my - ZLC

Bahan A

600 gm lamb shoulder - potong kiub besar - bersih, remdam air asam/cuka 10 minit dan toskan
3 helai daun bay
1 batang kulit kayu manis
3 inci halia
1 biji bawang besar-potong 4
2 ulas bawang putih- belah 2
3 kuntum bunga cengkih
2 biji cardamom pods
1/2 cmt Arabic mixed spices
1/4 cmt lada hitam powder
1/4 cmt cumin powder
1/4 cmt serbuk kunyit
1/4 cmt serbuk pala
Garam secukup rasa
Air untuk merebus
Toasted pine nuts jika suka

Rebus ke semua bahan A lebih kurang 1 jam hingga lamb benar- benar empuk. Keluarkan lamb, tapis air rebusan, buang segala sampah sarap kat dalam tu dan ketetpikan. Sementara menunggu lamb masak bolehlah prepare Bahan B.


Bahan B

Bunga kobis (medium size) potong macam buat tomyam
1 biji kentang (sederhana besar) kupas kulit, potong bulat setebal 1cm, bersihkan dan toskan airnya.
1 biji terung (medium size), kupas kulit jika suka, potong bulat setebal 1cm, bersih dan toskan
Goreng semua bahan B secara deep fry hingga golden brown (satu persatu tau!!!...) atau bagi yang nak diet tu bolehlah grill jer tapi makan masa lebih. Ketepikan.

Bahan C

2 cawan basmathi, cuci, rendam 20 minit dan toskan
3-4 sb minyak masak
Air secukupnya utk merebus nasi
2 1/2 cawan air rebusan ayam

Dalam periuk besar, didihkan air biasa yg banyak hingga mendidih bersama garam dan minyak, masukkan beras, biarkan dalam 15 minit hingga beras 1/2 masak dan toskan airnya.

Susun kentang menutupi dasar periuk diikuti dengan terung, bunga kubis, lamb dan akhir sekali masukkan beras yg separuh masak tadi menutupi semua sayuran dan lamb.

Masukkan 2 1/2 cawan stock/ air rebusan tadi  tutup periuk dengan aluminium foil dan tudung periuk, dengan api perlahan tanak nasi hingga masak lebih kurang 15-20 minit.

JANGAN dikacau nasi kalu nasi agak keras tambahkan sedikit lagi stock ayam dan masak lagi untuk beberapa minit.

Bila nasi dah masak, biarkan 5-10 minit, jangan buka penutupnya. Selepas tu buka penutup periuk dan aluminium foil..terbalikkan periuk ke atas dulang atau pinggan besar…tara..jadilah UP SIDE DOWN RICE macama ala kek pineapple upside down tu.. jika suka taburkanlah sikit pine nuts. Hidangkan bersama Fatush (salad) dan yogurt..

Onde-onde/buah melaka/klepon


Airtangan anakanda. Sarapan pagi dan minum petang kami sekeluarga semalam, hasil tangan anakanda. Pagi anak yg kedua buat sorang2....ummi pantau jer. Petang pulak anak2 empat orang tu buat secara berjemaah...uli sama2....gentel sama2...golek sama2....layankan aje lah labu....diorg tengah seronok nak buat....biarkan. Nanti kalau disekat2 minat anak2 nak ke dapur, dah besar nanti susah nak mula.

Saya sendiri pun sejak sekolah rendah dah mula memasak...terutamanya kuih2 mudah macam ketayap, cucur, lempeng, cara dan lain2. Jadi dengan anak2 pun saya galakkan begitu....macam biasalah lepas masak dapur jadi tongkang pecah sedikit...takpe...asalkan bahagia.


Onde-onde/buah melaka/klepon

Tepung pulut
Air pandan (Kisar daun pandan dengan air dan tapis atau air + esen/pes pandan)
Gula melaka/nise

Air secukupnya untuk merebus

Kelapa parut digaul sedikit garam (seelok2nya gunakan kelapa muda dan ambil bahagian putihnya)

Didihkan air di dalam periuk.
Masukkan tepung ke dalam mangkuk. Tambah air pandan sedikit2 sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut.
Ambil sedikit doh, bulatkan kemudian leperkan. Isi dengan gula dan gentel bulat. Masukkan ke dalam air yg mendidih. Masak hingga bebola timbul. Angkat yg timbul dan golekkan ke atas kelapa parut. Sedia dihidang.


********Amaran: Kuih ini mengandungi gula cair yang panas....jadi pastikan kuih sejuk sebelum dimakan. Selalunya kuih ini dibuat dalam bentuk yang kecil agar boleh dimasukkan terus ke dalam mulut tanpa perlu digigit untuk mengecilkannya kerana gula yang cair itu akan meleleh keluar....heheheh....hati2.....jangan makan gelojoh2 sangat nanti boleh tercekik pulok....

Sunday, April 16, 2017

KUIH KASWI PANDAN

Resepi dari sumber myr saya oleh untuk menediakan kuih kegemaran sarapan pagi kami. Kuih kaswi lembut dan harum dengan aroma pandan segar ni memag jadi kegemaran saya dulu kini dan selamanya kot. Saya tak suka sangat kalau gunakan perasa dan pewarna tiruan tu....kurang umppp.

Kuih ni saya sediakan sambil2 temankan chef cilik buat buah melaka. Sambil pantau....yer la...budak2 kat dapur ni kena juga dipantau orang dewasa....2 jenis kuih hidangan sarapan pagi bertemakan hijau beraroma daun pandan...sedap...berkhasiat..


KUIH KASWI PANDAN
Zulfaza Loves cooking

2 cawan  air pandan ~ ambil 10 helai daun pandan potong kecil masuk didalam blender, tambahkan 2 cawan air dan kisar halus. Kemudian di tapis

1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar tepung beras
2/3 cawan gula pasir
1 sudu kecil air kapur makanan

secubit  garam ~ gaul bersama kelapa parut
1/2 biji kelapa parut ~ putih sahaja


Satukan semua bahan kecuali kelapa dan kacau sebati. Kemudian tapis adunan supaya adunan rata.

Tuangkan di dalam loyang  8 inci atau boleh juga tuangkan ke dalam acuan kecil yang telah di oleskan minyak.

Kukus di dalam kukusan yang telah mendidih airnya. Balut tutup kukusan dengan kain supaya air dari tutup kukusan tidak menitis di atas kuih
Kukus selama 30 ~ 40 minit jika menggunakan loyang atau 20 minit jika menggunakan acuan kecil.

Setelah masak sejukkan kuih hingga benar-benar sejuk sebelum di potong dengan pisau plastik yang telah di oleskan sedikit minyak. Hidangkan bersama kelapa putih yang telah di gaulkan dengan sedikit garam.


*Jika semasa mengangkat kuih kaswi ada takungan air di atasnya...sengetkan loyang sedikit, buangkan air takungan guna sudu sedikit demi sedikit.

Saturday, April 15, 2017

Waffle homemade

Minum petang hujung minggu. Waffle homemade. Puas makan kalau buat sendiri macam ni. Kalau beli untuk famili ramai macam kami ni jenuh juga...besar belanjanya. Jadi buatlah sendiri....anak2 boleh makan puas2.


Resepi ni kalau tak salah saya dapat dari group masakan kkpbt atau mungkin dari rakan fb. Saya tak pasti....tapi apa pun saya berterima kasih atas perkongsian ini. Sedap hasilnya...secukup rasa. Alhamdulillah.


Waffle homemade
Zulfaza Loves Cooking

Bahan2

3 cawan tepung gndum
1/2 cawn tepung jagung
1 biji telur
3 sb gula
1 sk garam
1 sb yis
1 sk baking powder
3/4 cawan minyak masak
2 sb susu tepung
1 sk esen vanila
2 cawan air


Pelengkap hidangan pilihan:-)

coklat filling/sekaya/mentega kacang/blueberri dll
Mentega
Maple syrup/madu
Aiskrim

cara2

Satukan semua bahan. Pukul dengan whisk.
Biarkan selama 10 -15 minit untuk yis mula bertindak balas.
Panaskan waffle maker sebentar. Sapu permukaan acuan dengan sedikit mentega
Tuang lebih kurang dua senduk adunan dan ratakan. Tutup acuan dan.biarkan masak dan permukaan waffle keperangan. Setelah masak hidangkan dengan pelengkap pilihan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...