Saturday, April 30, 2016

Isi ikan goreng rangup

Snek ringan berkhasiat. Menu kudapan/cicipan  sesuai ni kalau makan di cicah sos cili thai yang di letak sedikit daun ketumbar atau sos cili dan sour cream. Rasa tak cukup sepinggan.


Isi Ikan Goreng Rangup @ ZLC

Bahan2nya 

1 kg isi ikan - potong  saiz 3 -4 inci (dowry ke, sea bass ke - saya beli yang sejuk beku - nak guna yang fresh pun lagi bagus)
2 sb tepung jagung
1 cawan tepung gandum
2 sk serbuk penaik (baking powder)
1 cawan air
1/2 sk serbuk paprika
1/2 sk serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
3 sb minyak masak

Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Cara2nya

Gaul isi ikan dengan 2 sb tepung jagung. Dalam mangkuk lain satukan tepung gandum, 3 sb minyak, serbuk penaik dan garam secukup rasa. Tambah air sedikit sedikit ke dalam tepung. Adun hingga rata menggunakan whisker. Tuangkan adunan ke dalam mangkuk berisi ikan dan biarkan selama 15 minit.

Panaskan minyak di dalam kuali atau pan. Goreng isi ikan yang telah disalut adunan tepung tadi hingga keperangan dan garing. Angkat dan toskan minyaknya. (guna paper towel untuk serap lebihan minyak). Sedap dimakan dengan sos cili thai.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...