Friday, April 8, 2016

Bento Citarasa Malaysia


Sejak ummi beli acuan untuk bento dua hari lepas, tak sabar-sabar anak2 nak bawa bekal ke sekolah. Excited bukan main. Sampaikan masa hantar diorang ke sekolah tadi pun teacher yang menyambut siap kata.....oooo ini la bento yang kyra sebut2 semalam..... 

Kalau ikutkan pagi ni ummi nak bekalkan makaroni goreng jer sbb ada member ofis minta tolong masakkan untuk jamuan kat ofis tapi disebabkan diorg ni dah bersakan nak bawak bento berbentuk2 tu jadi kena la masak masakan yang sesuai untuk dibentukkan. Jadi dalam masa yang sama kena goreng makaroni dan masak nasi lemak. Saja nak bagi diorang seronok....anak2 hapi ummi apatah lagi. 

Disebabkan pagi ni nak masak dua tiga jenis masakan serentak, saya minta la bantuan kakak untuk tolong. Kalau tidak memang tak sempat....dah masak nak hias2 pulak....walaupun hiasannya ala kadar. Tak la secantik yang Jepun punya tapi ok la kan.....

Bento Citarasa Malaysia

Nasi lemak simple ZLC

3 cawan beras basmathi (basuh, rendam 30 minit dengan 4 cawan santan + garam secukup rasa, 2 inci halia hiris dan daun pandan. Selepas rendam terus tanak seperti biasa hingga masak.

Sambal sotong  ZLC

1 kg sotong 
1 senduk cili kering kisar
*2 biji bawang besar
*1/2 labu bawang putih
Minyak secukupnya untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
1 batang serai ketuk
1/2 cawan air asam jawa cair

*Kisar. Masukkan minyak, cili dan * dalam kuali dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan serai dan gula kacau rata hingga gula hancur. Masukkan pula air asam jawa. kacau sebati. Masukkan sotong. Tumiskan hingga masak. Perisakan dengan garam secukup rasa dan masukkan bawang hiris. Masak seketika hingga bawang sedikit layu. Tutup api dan sedia dihidangkan.
**** sesetengah orang suka sambal yang berminyak untuk kelihatan lebih menarik tapi saya biasanya menggunakan minyak yang tidak terlalu banyak. Cili kena masak betul2 hingga pecah minyak untuk menghilangkan bau cili mentah dan kurang enak dalam sambal tumis nih.
Pelengkap hidangan
Telur dadar
Timun
Karot

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...