Tuesday, April 26, 2016

Sediakan sarapan pagi cara mudah dengan pes segera



Waktu pagi hari bekerja merupakan waktu yang agak sibuk.....waktu terhad (tambahan pulak kalau 
terbabas tido...;-)). Masa tu nak masak, nak bersiap dan menyiapkan....nak hantar anak ke sekolah...selalunya pagi2 hari ni dah bersauna....lepas mandi pun peluh tak berhenti meleleh jugak.

Kebanyakan paginya, saya akan sediakan sarapan dan lauk tengahari. Waktu2 begini, adanya pes segera akan memudahkan kerja2 memasak. Masa memasak lebih singkat, tak terkejar2 nak menyediakan bahan2.

Pes char kuaw tiaw ZLC ni dah secukup rasa....tak perlu tambah garam dan sos2 lain...lengkap dah....cuma kalau nak lebih pedas boleh la tambah cili kisar atau masa makan hidangkan saja dengan cili jeruk super yummy ZLC tu...ermmmmmm berpeluh makan....




Kuaw Tiaw Goreng ZLC

1 paket kuay tiaw (500 gm)
2 senduk pes char kuay tiaw ZLC (Resepi pes klik dilink ini)
sotong/udang/isi ayam/kerang/telur secukupnya
Sayuran - sawi/tauge/kucai/kobis
(kalau nak tambah 1 biji bawang besar hiris dan cili kering kisar pun boleh)
6 sb minyak

Panaskan minyak ke dalam kuali. (Pilihan - Tumiskan bawang besar dan cili kisar hingga pecah minyak.) Masukkan sotong/udang/isi ayam/kerang/telur. Kacau seketika. Kemudian masukkan pes dan gaul rata. Biarkan sotong/udang/isi ayam/kerang masak. Setelah itu masukkan kuaw tiay dan gaul sebati hingga pes meresap ke dalam kuay tiaw. Akhir sekali masukkan sayuran. Kacau dan masakkan hingga sayuran masak. Jangan lama sangat, nanti sayur benyek tak sedap. Setelah itu tutup api dan hidangkan segera bersama cili jeruk homemade (resepinya klik disini).
******Masak dengan api maksimum untuk rasa yang lebih istimewa.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...