Friday, April 29, 2016

Isi Ikan Dengan Sos Masam Manis

Lama mencari fillet ikan dowry di pasaraya. Asyik tak jumpa jer....bukan apa, teringin sangat nak masak ikan takde tulang ni....senang anak-anak nak makan. Tapi bila tak jumpa juga saya beli jer la filet entah ikan apa lupa dan buat la masakan ikut resepi yang saya olah dari sumber http://www.epicurious.com ni. Kalau sebelum ni saya post resepi sweet sour yg menggunakan oren (Resepi dilink ini), kali ni saya guna lemon dan jus nenas pula untuk mendapatkan rasa masam manisnya. Pada saya kedua2 resepi sangat istimewa....sedap, lazat, enak sekali.

Lauk ni sedap makan terus selepas masak sbb kalau biar lama nanti ikan tu dah tak rangup sebab dah kena sos....


Isi Ikan Dengan Sos Masam Manis @ ZLC

Bahan2nya 

1 kg isi ikan - potong  saiz 3 -4 inci (dowry ke, sea bass ke - saya beli yang sejuk beku - nak guna yang fresh pun lagi bagus)
3 sb tepung jagung
1 cawan tepung gandum
2 sk serbuk penaik (baking powder)
1 cawan air
1/2 sk serbuk paprika
1/2 sk serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
4 sb minyak masak


Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

1 cawan jus nenas (saya guna jus nenas dalam tin tu jer) 
4 sb gula
6 sb jus lemon
6 sb sos cili thai
Garam secukup rasa
1 sk parutan halia
1 sk parutan kulit lemon
2 biji cili padi - hiris 
1 cawan hirisan cili benggala
1 cawan hirisan nenas (saya guns nenas kiub dalam tin)

Cara2nya

Gaul isi ikan dengan 2 sb tepung jagung. Dalam mangkuk lain satukan tepung gandum, 3 sb minyak, serbuk penaik dan garam secukup rasa. Tambah air sedikit sedikit ke dalam tepung. Adun hingga rata menggunakan whisker. Tuangkan adunan ke dalam mangkuk berisi ikan dan biarkan selama 15 minit.

Sementara itu sediakan sos masam manis. Dalam mangkuk lain, tuangkan baki tepung jagung, jus nenas, gula, jus lemon, sos cili dan garam secukup rasa dan gaul rata. Panaskan baki 1 sb minyak dalam pan menggunakan api sederharna. Masukkan halia, cili padi dan parutan kulit lemon dan tumis hingga naik bau. Masukkan cili benggala dan nenas. Gaul rata dan tumis dalam 30 saat. Masukkan adunan jus nenas tadi dan masak hingga sos memekat dan jernih lebih kurang 1 minit. Kacau selalu. Ketepikan.

Panaskan minyak di dalam kuali atau pan. Goreng isi ikan yang telah disalut adunan tepung tadi hingga keperangan dan garing. Angkat dan toskan minyaknya. (guna paper towel untuk serap lebihan minyak) Susun isi ikan yang telah digoreng rangup ke atas pinggan, panaskan sedikit sos tadi dan tuang ke atas ikan. Taburkan bijan dan hirisan daun ketumbar jika suka.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...