Wednesday, April 20, 2016

Kuih tepung gomak aka abuk-abuk


Kuih traditional yg tak luput dek zaman...walau pun sekarang ni agak sukar nak jumpa dijual digerai2. Saya bila sesekali teringin makan saya buat sendiri jer...inti kacang tu biasanya saya buat lebih sikit sbb inti tu saya guna untuk buat kuih bom tepung pulut, sagumpal...nak buat kuih kasturi pun sedap..

Kuih ni kat tempat lain ada yang panggil abuk-abuk dan mungkin ada nama lain.


Tepung Gomak @ ZLC

Bahan doh

300 gm tepung pulut
1 cwn Air
secubit garam
2 sb gula

Campurkan air dengan garam dan gula. Tuangkan air  sedikit demi sedikit kw dlm tepung dan uli sehingga menjadi doh. Sekiranya air tidak mencukupi boleh la di tambah lagi.


Inti Kacang Hijau:

250gm kacang hijau - rendam
1/2 cawan gula merah/gula melaka di racik halus
1 cawan gula pasir
2 sb mentega
Boleh letak kelapa parut jika suka
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara membuat Inti:

Masak kacang hijau bersama air secukupnya hingga kembang, biarkan sehingga airnya hampir kering.

Masukkan kelapa, gula melaka, garam dan gula, kacau rata dan biarkan hingga kering. Sesuaikan kemanisan, jika suka lebih manis boleh tambah gula. Setelah inti sebati dan masukkan metega. Kacau rata. Sejukkan.


Tepung kacang hijau

(kalau nak buat sendiri la....saya guna yg dah siap proses.

200 gm kacang hijau

basuh kacang hijau sehingga bersih. goreng tanpa minyak di dalam kuali sehingga kekuningan. kemudian dikisar halus. ayak tepung sebelum digunakan untuk mendapat hasil tepung yang halus.

Cara membuat tepung gomak

ambil sedikit adunan tepung. leperkan dan masukkan inti. bulatkan dan tekan sedikit sebelum direbus. apabila kuih telah timbul di dalam air rebusan. angkat dan salutkan dengan tepung kacang hijau. resepi ini boleh menghasilkan lebih kurang 20 biji kuih tepung gomak bergantung saiz kuih kita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...