Saturday, April 30, 2016

Ikan masin sambal pedas


Ikan masin.....ermmmm, memang pembuka selera. Kalau dihidangkan sambal ikan masin ni dengan nasi panas dan telur dadar jer pun dah cukup untuk buat saya makan melebihi quota.

Saya buat banyak. Bakinya simpan di dalam peti sejuk. Bila nak makan panaskan ikut keperluan semasa.....😃 

Ikan masin sambal pedas @ ZLC

100 gm isi ikan masin (potong kecil - saya beli yang dah siap potong) - basuh (rendam sebentar jika ikan jenis yg masin sangat), goreng garing, tos dan ketepikan.

1 1/2 biji bawang besar - hiris
3 sb cili kering kisar
3 sb air asam jawa pekat
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan cili dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan gula. Kacau hingga gula hancur. Tambahkan asam jawa. Kacau sebati. Biarkan seketika. Masukkan ikan masin yg telah digoreng tadi. Gaul rata. Perisakan dengan garam secukup rasa, kacau rata. Tutup api.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...