Thursday, April 28, 2016

Kek oren kisar aka orange blended cake


Lama dah tak buat kek ni.....rasanya last buat lebih 3 tahun lalu....masa menziarah rumah kawan hubby. Hari ni bila terpandang stok oren yg baru dibeli semalam tetiba rasa teringin nak makan kek oren yg harum semerbak tu....buat kek ni memang mudah....kisar kemudian adun dan bakar...

Rasa kek ni memang sedap....saya tak guna sebarang perisa dan pewarna tiruan....haruman oren bergabung dengan mentega tu bila di bakar memang menyerlah....tak sabar nak tunggu waktu berbuka.....

Kek ni saya bakar menggunakan loyang loaf. Lebihan adunan saya masukkan dlm papercup.


Orange Blended Cake @ ZLC

*3 biji telur gred A atau B
*1 cwn mentega cair atau minyak
*1 1/2 cwn gula
*1 biji buah oren (saya guna 2 biji saiz kecil) - potong kecil, buang biji dan empulur tengahnya sahaja, kulit tak perlu buang, kisar sekali
*2 sb susu pekat
**2 cwn tepung gandum
**1 sudu besar baking powder

-------
Kisar * hingga hancur dan sebati. **Ayak.
Tuangkan bahan kisar dalam tepung yang telah diayak bersama baking powder dan kacau sebati.
Bakar pada suhu 170% selama 20 minit kalau cupcake, dan 1 jam kalau kek biasa tu...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...