Sunday, April 24, 2016

Tart susu @ Tart telur simple yang sedap


Resepi tart telur kuali yang viral sedikit masa dulu jadi pilihan saya pulak untuk dicuba. Macam best dan senang je nak buat. Bahan2 pun ringkas. Kalau terdesak sangan....takde oven, boleh juga la nak makan dan cuba resepi nikan. Tapi memandangkan saya ada oven jadi saya rasa lebih selesa guna kaedah bakar dalam oven. cuma saya try juga bakar dalam nonstik pan yang akhirnya saya masukkan dalam oven sbb bahagian atasnya tak berapa nak elok masaknya sebab saya guna pan kecil yang tiada saiz penutup yang sesuai.

Anak2 saya suka tart ni. Diorg cakap rasa macam yang beli kat kedai.....kembang hidung ummi kejap....nasib baik boleh kempis balik kalau tidak jenuh nak pegi spital nak operate kasi hidung mancung balik.... Saya buat tart telur ni dah beberapa hari lepas tapi malas nak menaip punya pasal baru harini update kat sini. Resepi asal Azlina Ina saya guna tapi tak letak keju. Fillingnya saya guna versi aznie khasri yg lebih simple dan kurang lemak.


Cheese Tart Kuali


1. Bahan-bahan untuk crust:
1/2 cawan butter atau majerin
2 cawan tepung gandum (guna tepung Cap Ros lebih rangup)
1 sudu kecil garam
* Ramas semua bahan ini. Boleh letak bahan ini terus dalam bekas atau kuali yang hendak digunakan.

2. Bila diramas adunan jadi begini. Boleh tambah tepung sedikit-sedikit agar tidak terlalu melekat. 

3. Letak satu biji telur gred B lalu gaul dan uli sampai jadi seperti gambar langkah 4.

4. Inilah rupa doh yang sudah diuli. Sedia untuk dibentuk.

5. Letak doh dalam kuali dan ratakan sama ada guna senduk atau tangan. Ratakan bahagian tepi di bawah dengan jari.

6. Ambil garfu bentuk bunga di bahagian tepi doh. Jangan terlalu tebal. Kalau nipis masak lebih cepat dan sekata. Siap bahagian crust.


Seterusnya adalah menyediakan filling yang sedap.

Bahan-bahannya:

125g cream cheese (boleh guna lebih ikut saiz kuali)- saya tak letak
1/2 cawan susu segar atau whipping cream untuk rasa lebih lemak.
3 biji kuning telur
1/2 cawan susu pekat
1 sb tepung jagung + 1/4 cawan susu
1sudu kecil esen creamy vanila

* Kisar semua bahan ini menggunakan blender atau pengisar. Dalam bekas berasingan bancuh satu sudu besar tepung jagung dgn 1/4 cawan susu segar.  Masukkan bancuhan  dalam filling yang siap dikisar tadi. Kacau rata.


Tuang filling dalam crust yang disediakan tadi.

Tutup rapat kuali semasa memasak. Jika tidak, ia akan lambat masak. Gunakan api paling kecil supaya crust tidak hangit. Selamat 30 hingga 35 minit mengikut api dapur dan jenis kuali yang digunakan. Jenis kuali yang tebal dan nipis tempoh masak berbeza.
Untuk menentukan tart sudah masak, perhatikan bahagian filling. Jika ia keras dan crust nampak garing seperti gambar bermakna tart sudah masak.
Biarkan sejuk sebelum makan. Lebih enak jika dimasukkan dalam peti ais terlebih dahulu.

Versi saya

Untuk filling

1 sb Tepung jagung + 100ml air
3 biji kuning telur
1/2 cawan susu pekat

Satukan telur dgn susu pekat. Kacau dengan garpu jer. Lepas tu masukkan adunan tepung jagung. Kacau sebati.

Saya buat dalam acuan kecil. Bakar dalam oven 30 minit suhu 170 celcius (ikut oven masing2).


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...