Friday, April 29, 2016

Air tangan isteri rahsia kebahagiaan rumahtangga


Saya ni bukan pakar rumahtangga nak bercakap pasal ni pun....tapi saja la nak share sikit2 berdasarkan pengalaman sendiri.... Kalau sebelum ni N3 blog ni semua pasal makanan, tanaman, makanan, tanaman sikit2. Sesekali nak la lencung sikit topik tapi masih pasal makanan...

Betul ke air tangan isteri ni ada power, boleh membahagiakan suami dan anak2. Insya Allah boleh, dan nenek2...mak2 kita dulu2 pun selalu pesan....kalau boleh bila dah kawen dah ada anak pinak, masak la untuk keluarga....belajar memasak. Sebab katanya apa yang kita hidangkan pada mereka tu berkatnya lebih kalau masak sendiri, bila masak kita doa...kita zikir sambil2 tu dan kita masak dengan rasa riang ria cuti sekolah....kita seronok nak bagi keluarga makan. Saya ni pulak memang suka memasak walaupun ada kalanya penyakit M tu besar betul fontnya....tapi kebetulan encik suami memang jarang2 nak makan kat luar....paling2 malas pun masak nasi, goreng ikan atau telur pun dah cukup pada dia dan anak2. Tak pun dia sendiri yang akan tolong masakkan (untungkan dapat suami pun pandai masak - sedap pulak tu)

Ok lah.....kita cerita pasal resepi pulak la...haritu masa habi outstation ke Sabah, saya buat pes char kuay tiaw ni.....stok udang kelabu kulit keras dari Sg Yu ada 3kg, stok pes dah habis.... pastu goreng la untuk makan malam kitorang (saya selalu time hubby takde suka masak mee atau pasta atau menu2 yg bukan berasaskan nasi jer, sebab hubby tak berapa gemar makan mee dan pasta nih tapi anak2 saya suka makan). Tunjuk la gambar dinner char kuay tiaw kitorang ni. Hubby siap balas, jangan habiskan....simpan kat dia sikit...dia kata sedap... Tak sangka la hubby pun suka sangat kat masakan ni....hehehhe....selama ni dia tak pernah puji pun kata char kuay tiaw saya ni sedap, dia makan tanpa kata apa2....alhamdulillah....hapi woooo bila suami puji masakan kita....hidung kembang terus.....dua tiga hari baru kencup. Jadi kesimpulan tajuk N3 kali ni ialah.....jom masak char kuay tiaw......ahahhahhah
Resepi Char Kuey teow @ ZLC

Bahan2Nya
200 g kuey teow ( @ ambil secekak untuk seorang makan )
1 sudu makan cili kisar (nak lebihkan sikit pun ok jer)
kerang/udang  (secukupnya - nak makan sendiri kot)
1 biji telur
4 sudu besar paste char kuey teow
Sawi/tauge/kucai
Cara untuk masak Kuey Teow
1. Tumis cili kisar hingga garing. Masukkan 4  sudu besar paste tadi. INGAT... !! api mesti mau besar aaa

2. Masukkan kerang dan udang yang telah direbus tadi. Nak sedap lagi tambah udang fresh. 
3. Kemudian masukkkan 1/2 cawan air. Bila kuah mendidih barulah masukkan kuey teow, kucai dan taugeh.

4. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah di angkat. Kalau agak2 kering, tambahkan lagi paste char kuey teow tu. Ingat, tak perlu masak lama2 sangat, nanti kembang ler char kuey teow tu. Biar basah2 skit sbb kuey teow ni cepat meresap kuahnya.

Ni plak tips nak masak kuew teow sedap......
~ sediakan pes lebih awal sebelum menggunakannya....seelok2nya semalaman.

~Proses memasak kue teow ni dalam 3-4 minit saja… pastikan api kuat dan pergerakan pantas semasa memasak kuey teow ini!!!. 

~kena masak satu2 baru sedap atau pinggan by pinggan. Maksudnya kat sini  kalau 2 orang makan 2 kalilah masak…. Char kuey teow memang tak sedap kalau masak dalam jumlah yg banyak!!

resepi pes char kuay tiaw ZLC klik disini 

*****hampas kepala dan kulit udang yang dikisar tu jangan buang, saya jadikan baja pokok.....saya korek lubang dalam pasu2 pokok tu saya masukkan hampas ni supaya tak di kerjakan dek kucing atau binatang lain. Pokok2 jadi subur sangat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...