Sunday, April 17, 2016

Pancake tapai


Pegi pasar tani tadi teringat nak mencari tapai ubi.....nak tau buat apa? Beli sebab semangat nak buat pankek tapai yang resepinya saya jumpa dari blog Singgahsana kitchen beberapa bulan lepas. Lama simpan kat draft sebab tak cukup2 bahannya. Hari ni nampak jer tapai ubi terus beli 4 bekas. 

Bila sampai kat rumah terus la keluarkan gajet2 dan siap la pankek tapai yg sangat lembut ni......tak sia2 saya berusaha mencari tapai ubi ni. Lain kali ada stok tapai ubi boleh buat lagi....



Pancake tapai ubi @ ZLC

BAHAN-BAHANNYA :-)
130 gm tepung naik sendiri (self-raising flour)
1 sk baking powder
1 biji telur gred "A"
30 gm gula halus
50 g mentega, dicairkan
100 gm tapai ubi, dilecek hancur
190 gm susu segar/ susu sejat
sedikit esen vanila
Secubit garam halus
Mentega/madu/campote untuk dimakan bersama pancake

 CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan tepung naik sendiri, baking powder dan garam halus, gaul rata dan ayak. Dalam satu bekas, masukkan telur, gula, mentega cair dan tapai ubi, kacau dengan whisk sehingga semua sebati dan rata.
  2. Masukkan susu, kacau dan tambah tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan rehatkan adunan 20 minit.
  3. Panaskan non-stick frying pan bersaiz 4 inci dengan api sederhana. Lenser dengan sedikit minyak (mat sapu permukaan kuali tadi dengan paper towel bersih yang dicelup sedikit minyak). Sudukan anggaran 1/3 cawan adunan tadi. Ratakan.
  4. Tutup pan tadi dengan tudung periuk sekejap. Bila permukaan pancake berbuih2 dan kelihatan agak kering, perlahan2 terbalikkan. Masak lagi untuk 1 minit. Alih dalam bekas sesuai dan buat kaedah yang sama untuk baki adunan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...