Tuesday, April 19, 2016

Roti John sedap ala ZLC



Semalam meroti selepas seminggu cuti....buat roti panjang2 sbb memang plan nak buat roti john. Kononnya roti john ni menu untuk sarapan dan bekal sekolah....sekali gitu terlewat bangun jadi postponed la niat tu ke tengahari.....

Buat roti jon ni mudah....selain boleh guna sambal sardin, intinya tu boleh dipelbagaikan dengan ayam, daging, tuna juga.

Kali ni saya buat inti ayam....isi ayam terutamanya dibahagian dada kurang permintaan. Biasanya saya gunakan untuk buat nugget atau perencah mee dan nasi goreng atau inti karipap dan seumpamanya.

Roti John Ala ZLC


RESEPI ROTI ZLC

600 gm tepung high protien
5 gm improver
50 gm gula
6 gm garam
30 susu tepung
1 sb ovellete
60 gm mentega
11 gm yis
350 gm air ais

Satukan semua bahan kecuali mentega. Uli hingga sebati. Tambah mentega dan uli hingga doh licin dan elastik. Kalau guna BM, ikut instruction BM masing2.

Perap sejam. Tumbuk doh dan uli sedikit. Bahagikan doh ikit citarasa. Perap lagi hingga naik 3 - 4 kali ganda (saya biasa perap 2- 3 jam bergantung pada suhu)

Bakar selama 30 minit pada suhu 180 celcius atay hingga keperangan. Keluarkan dari loyang dan sejukkan atas redai.


Resepi Inti ayam ZLC

Kisar halus

2 bahagian dada ayam
2 biji bawang besar
1/2 labu bawang putih
2 inci halia

3 sb rempah kari (bancun dengan sedikit air hingga jadi paste)
3 sb cili kering kisar
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Satukan semua bahan dan tumis hingga ayam masak. Saya tak guna air. Air dari ayam dan cili kisar tu dah cukup.

Bahan pelengkap ikut citarasa

Telur
Mayonis
Sos cili
Sos lada hitam
Parutan keju

Hirisan :-
Kobis
Cili merah
Tomato
Timun
Bawang
Daun sup dan bawang


Cara penyediaan

Belah 2 roti. Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Masukkan inti ayam, hirisan cili, daun sup dan bawang jika suka dan kocok sebati. Panaskan pan dengan sedikit minyak. Tuang adunan telur dan ratakan saiz roti yg telah dibelah 2. Tangkupkan roti ke atas telur. Biarkan seketika hingga telur masak. Setelah masak, angkat roti dan letak atas pinggan. Letakkan hirisan sayuran pilihan. Paipkan sos dan taburkan cheese. Kapitkan roti dan sedia dimakan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...