Saturday, April 30, 2016

Kek Santan


Kek santan, adik beradik kek minyak dan apam susu. Boleh dimasak dengan cara bakar atau kukus. Sedap, harum semerbak perisa pandan segar. Mudah disediakan.

Kek santan resepi Chah Ramlan yang saya cnp dari blog madihaa jadi pilihan pencuci mulut untuk berbuka puasa hari ni.


Kek santan @ ZLC

Bahan2

4 biji telur
2 cwn gula kastor (saya guna gula perang)
1 sb ovelet
2 cwn santan pandan ( kisar dgn 10 helai daun pandan dengan 1 biji kelapa parut )
4 cwn tepung gandum*
2 sb baking powder*
(*) ayak bersama
1/4 cawan minyak masak

Cara

1. Satukan telur, gula dan ovellet,  pukul hingga gebu dan berkrim - saya kisar guna blender
2. Masukkan selang seli tepung gandum, santan dan adun sebati. Masukkan minyak dan pukul rata.
3. Lenser bekas dgn mentega dan sedikit tepung atau alas dengan baking paper. Panas oven 160c.
4. Bakar 1 jam @ hingga masak.

Saya guna loyang loaf dan bakinya bakar dalam papercup.

Nak kukus pun boleh....kukus selama sejam.

Selamat mencuba...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...