Sunday, April 24, 2016

Kek keju blueberry lapis coklat


Kek besday untuk anakanda berdua. Sebenarnya semalam dah belikan kek aiskrim untuk diorg.....surprise dari ayah ummi, tapi petang ni terasa nak mengekek jugak. Tak puas makan kek aiskrim...teringin nak makan kek sebenar...

Resepi kek ni adaptasi kek coklat lapis cheese....bukan novel jer adaptasi....heeeee.... Saya suka bluberi....saya beli blueberry frozen dan segar untuk kek ni...selain strawberry untuk deko kek....ok la kan....hasil airtangan ummi...bakers amatur....lepasla untuk makan sendiri sambil melayan permintaan anak2.


Kek keju blueberry lapis coklat @ ZLC

BAHAN-BAHAN KEK COKLAT :-)

2 biji telur gred A
1 cawan gula halus
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam
1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan tepung gandum*
3 camca besar serbuk koko*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan di ayak)


BAHAN-BAHAN LAPIS CHEESE :-)

250 gram cream cheese
1/2 cawan blueberry (frozen atau fresh)
60 gram gula halus
1 biji telur gred C
1 camca besar air
1 camca besar tepung gandum


CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan kukusan. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyal. lenser juga kertas tadi. Ketepikan..

UNTUK KEK COKLAT :- Putar telur dan gula hingga kembang dan pekat, masukkan esen vanilla dan garam, putar rata. Tambah susu cair, minyak jagung dan air panas, putar sebati dengan kelajuan sederhana. Masukkan bahan2 yang diayak sedikit demi sedikit hingga habis, putra rata dan matikan mixer. Bagi kepada 2 bahagian sama banyak. Ketepikan.

UNTUK LAPISAN KEJU :- Putar krim cheese dan gula hingga sebati dan licin. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Tambah tepung dan air, putar hingga semua sebati dan tidak berbintil. Masukkan blueberry dan kacau sebati.


2.UNTUK KEK COKLAT KUKUS LAPIS CHEESE :-

Tuang satu bahagian kek coklat. Ratakan dan tutup permukaan tin dengan aluminium foil. Kukus selama 20 minit, guna api sederhana. Kemudian tuang pula adunan krim cheese, ratakan dan sambung kukus 20 minit lagi. Tuang baki bahagian kek coklat ratakan dan sambung kukus selama 45 minit atau hingga masak (bila anda cucuk dengan lidi sate atau cake tester di bahagian tengah kek dan keluarnya bersih, tanda kek dah masak).Sejukkan kek sekejap, kemudian boleh keluarkan dari tin. Biar kek sejuk sepenuhnya atas jaringan dan boleh dipotong untuk dihidangkan.....

****Saya bahagi 3 adunan coklat dan bahagi dua adunan cheese.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...