Thursday, April 14, 2016

Apam manja pandan

Anak2 suka apam ni....aritu buat versi plain dengan inti kastard jagung. Kali ni buat versi pandan inti kelapa pandan pulak...

Satu adunan dapat banyak....cukup untuk makan sekeluarga.




Apam manja pandan @ ZLC

BAHAN-BAHAN UTK KULIT

1 cawan tepung naik sendiri (boleh guna tepung gandum + 1 sk baking powder)
1 bj telur
1/4 cawan gula
1/2 cawan susu segar/ susu cair
1/2 cawan air pandan (kisar 6 helai daun pandan dengan air, tapis)
1 sudu besar marjerin cair
Secubit garam

Cara:

pukul telur dan gula hingga kembang.
kemudian satukan dgn semua bahan lain dan kacau hingga sebati. (Saya satukan semua bahan dlm pengisar dan kisar 10 minit).
Kemudian, buat bulatan kira kira 4 inci lebar di atas kuali leper, apabila kering, lekatkan inti di bahagian tengah dan lipat, picit dan angkat.

BAHAN UNTUK INTI kastard:

1/2 cawan tpg gandum
1 sudu besar jagung
1/2 cawan gula
1 1/2 cawan air
1/2 tin jagung berkrim
Sedikit esen vanilla

cara:

satukan semua bahan tapis
dan masak sehingga likat dan berkilat.( untuk filling boleh juga gunakan vanilla cream @ cream custard, kaya atau inti kelapa)


Untuk inti kelapa

(biasanya saya buat banyak2 dan simpan dlm peti beku - inti ni boleh guna untuk buat koih koci, badak berendam, kuih bom, pulut inti, kuih ketayap dll)

1 biji kelapa parut
1 cawan gula putih (manisnya ikut citarasa)
Secawan air pandan
Sedikit garam

Cara-cara

Masukkan kelapa parut, air pandan, gula.  Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula dan airnya sedikit kering. Angkat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...