Resepi asal roti asas ( Egg enriched white bread) dari buku bread made easy BM450 Kenwood. Saya olah sedikit dengan menambah pes pandan dan kismis.
BM ni sebenarnya bukan buat roti aje....boleh buat jem....kek...ada banyak gak program dia..tapi saya guna untuk buat roti jer.....
Ini lah hasilnya pagi ni, roti hijau yang kismisnya dah hancur......huhuhu.....selepas 2 jam 50 minit....fully auto.........yang dia tak buat...potong roti dan makan jer....
Bahan2nya
2 biji telur + air (saya guna air suam) = 380 ml
1 1/2 sb minyak masak
600 gm Tepung gandum tanpa peluntur
1 1/2 sk garam
4 sk gula
1 1/2 sk yis (saya guna 1 paket 11 gm)
Saya tambah 1 sb pes pandan dan 1/2 cawan black jumbo raisin
Kalau guna bread maker masuk bshan ikut turutan. BM jenama kenwood guna program no 1.
Kaedah lain, satukan semua bahan dan uli hingga doh tak lekat ditangan/bekas dan kelihatan licin. Terbaik kalau dapat doh yang elastik.
Tutup doh dengan tuala lembab atau sapu dengan minyak dan tutup bekas. Perap doh sehingga dua kali ganda ssiznya selama lebih kurang 1 jam.
Tumbuk doh untuk mengeluarkan angin. Dan uli selama sepuluh minit. Masukkan doh ke dalam loyang yang dioles sedikit minyak atau mentega.
Biarkan naik sekali ganda sebelum dibakar pada suhu 180 C selama 20 - 30 minit atau hingga doh keperangan.
No comments:
Post a Comment