Friday, October 17, 2014

Mee hailam daging korban

Malam ni malas nak masak nasi....kebetulan beli mee kat pasar jumaat.....sayur dengan daging korban aritu pun ada.....lengkap dah bahan2nya......jadi terus la memasak mee hailam lepas maghrib.....

Walaupun agak pedas,  banyak jugak anak2 makan.....sedap sangat kata diorg.

Resepi saya ni simple jer.....

300 gm daging dihiris nipis
500 gm mee kuning (basuh dengan air panas untuk menghilangkan pengawet dan rasa kapur, toskan)
Sawi
putik jagung
lobak merah
kobis
2 biji tomato belah 4 atau 6 ikut saiz
4 sb cili kering kisar
8 biji bawang merah
8 ulas bawang putih
5 sb sos tiram
10 sb kicap 
2 sb tepung jagung
air secukupnya
Minyak untuk menumis

hiasan

daun bawang
bawang goreng
hirisan limau

Tumbuk bawang dan bawang putih hingga lumat. Tumis bawang dan bawang putih hingga naik bau dan keperangan. Masukkan cili dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan daging dan sedikit air. Masak hingga daging empuk. Tambah air jika perlu. Masukkan sos tiram dan kicap. Kacau sebati. Tambah air secukupnya. Masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan 1/2 cawan air. Masak hingga kuah pekat. Masukkan sayuran kecuali tomato dan masak hingga sayur empuk. Masukkan mee dan tomato, gaul sebati dan biarkan seketika. Tutup api.

Hidangkan dengan hirisan limau, bawang goreng dan daun bawang ikut citarasa.

******saya tak letak garam dan gula sebab masin kicap dan sos tiram tu dah cukup ikut citarasa saya dan daging masih fresh jadi dah cukup manisnya ditambah dengan manis lobak merah tu..


Daun bawang petik dari  dalam pasu panjang depan rumah, fresh sangat dan rangup jer daunnya. Saya tanam 5 biji bawang merah tu jer tapi hasilnya cukup untuk buat cucur, mee dan sup....potong daunnya aje nanti dia krluar daun lagi.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...