Saturday, October 4, 2014

Nasi hanith ayam

Tempahan aidil adha dari jiran....20 pax.

Faktor pencahayaan kot....warnanya berbeza plak bila hidang dalam pinggan.....

Sup ayam

bahan2nya

1 ekor ayam
2 helai bay leave
1 inci halia- diketuk sikit
1 biji bawang besar- belah 4
2 ulas bawang putih – diketuk sikit
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
1/2 sk serbuk jintan putih (cumin)
1/2 sk serbuk ketumbar
1/2 sk lada hitam
1/4 sk serbuk pelaga
1 biji tomato- buang kulit & di dadu besar
1 biji loomy (limau kering) - optional-tak letak pon tak per saja nak rasa masam, just gantikan ngan 1/2 biji jus lemon.
* Garam secukup rasa
Air secukupnya untuk merebus ayam

cara2nya

Masukkan semua bahan ni dalam periuk kecuali bahan * , rebus hingga daging benar- benar lembut dan empuk. Akhir sekali masukkan garam dan rebus lagi selama 5-7 minit. Ketepikan.

*****************

Penyediaan lauk

bahan2nya

Ayam yang telah direbus
1 sb serbuk jintan putih (cumin)- kalu letak 2 tbsp pon ok gak
1 sk serbuk kunyit
1 sk serbuk ketumbar
1sk Arabic mixed spices
1-2 sb minyak masak

cara2nya

Letakkan ke semua ayam yang direbus tadi ke atas aluminium foil (aluminium foil tu kena double /tripel supaya tak koyak..ok)..lumurkan dengan ke semua bahan di atas hingga rata masukkan sedikit air sup tadi (dalam 1/3 cawan) dan tutup aluminium foil rapat- rapat dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan api yang paling kuat selama 10-15 minit jer.

***********

Nasi

bahan2nya

2 cawan basmathi- cuci, rendam ngan 1 tbsp garam selam 30 minit & toskan
1 sb tomato paste
1/2 sk pewarna kuning
Sedikit air sup dan air panas
3 kuntum bunga cengkih*
Secubit serbuk buah pelaga.....kalu tak de letak 2 biji jer*
1 btg kulit kayu manis*
1 sk cumin powder*
1/3 sk Arabic mixed spices
3 sb minyak masak
1/2 sk rose water
Air secukupnya sbb ikut jenis beras kan..

cara2nya

Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan bertanda, tumis sekejap. Masukkan tomato paste dan pewarna, biarkan selama 1 minit. Masukkan beras dan goreng hingga semua bersalut selama 1 minit dan masukkan air panas dan sup secukupnya. Bila dah mendidih masukkan rose water dan gemburkan sedikit. Tanak seperti biasa..

                             *************

Salsa tomato


Bahan2nya

1 biji fresh tomato- buang kulit
1 biji bawang besar- medium saize
1 biji capsicum hijau/ cili hijau/ cili api-ikut suka
Jus lemon ikut kemasaman yg di ingini
Garam secukup rasa (saya letak gula skit)

cara2nya

Blend semua bahan hingga hancur dan simpan dalam peti sejuk


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...