Thursday, October 9, 2014

Kek kelapa

Cadangan asal balik keja nak buat apam susu tapi malas pulak nak mengukus. Sekali gitu bila teringatkan stok kelapa kering yg agak banyak tu terus tukar fikiran.....membaking Kek Kelapa resepi bonda Chef Khairi Mansor.


Bahan2nya
---------------
1 cawan gula kastor
1 cawan margerine (saya guna mentega)
3 bj telor 'B'
1 tbs essane Ros (saya guna esen vanilla)
1 tbs susu pekat
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung naik sendiri (s/rising flour)
Pewarna kuning
1/4 cawan kelapa kering yg diwarnakan merah/hijau

Cara:

1-Pukul margerin bersama gula hingga kembang
2-masukkan telor satu persatu sambil terus dipukul
3-masukkan esen & susu pekat
4-masukkan tepung dan kacau rata bersama sedikit pewarna kuning.
5-masukkan kelapa kelapa dan kacau perlahan.
6-Masukkan kedalam loyang berukuran 8in.
7-Bakar dgn suhu 170c utk 30-45mnt..

Selamat mencuba

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...