Tuesday, October 21, 2014

Kuih getas aka kemplang

Dari dua tiga hari lepas teringin nak makan kuih getas. Hari ni balik walaupun dah agak lewat twruskan juga niat buat kuih ni sebab hujan2 ni perut terasa lapar sangat.

Kuih ni saya tak goreng garing sangat supaya tak terlalu keras....kalau keras nanti atok tak boleh nak kunyah...sian atok nanti....

Bahan-bahan
(anggaran dlm 20-30 biji)
(bergantung pada saiz)

3 cawan tepung pulut 
1 cawan tepung gandum 
1 cawan kelapa parut(putih saja) 
1 sudu kecil garam 
1 cawan air 

Untuk menyira

*1/2 cawan gula
2 - 3 sudu besar air

Cara-cara 

campurkan tepung pulut, tepung gandum dan kelapa, gaul rata...

campurkan garam dan air, masukkan dalam adunan tepung dan kelapa tadi...

uli perlahan sehingga mendapat doh yg lembut..jika terlalu lembut boleh tambahkan tepung...

bentukkan adunan lonjong2 dan leper, jgn terlalu besar, jgn terlalu keci, jgn terlalu tebal..tebal agak2 1 cm je...

buat sehingga habis...goreng sehingga warna kuning keemasan...api haruslah sederhana untuk memastikan kuih tidak meletup..

setelah semua kuih siap digoreng...dalam kuali lain masukkan gula dan air...biarkan sehingga mendidih dan berbuih...api mestilah jgn terlalu kuat kerana gula akan cepat hangit.

apabila gula telah hancur masukkan kuih tadi dan gaul rata, biarkan semua gula meyelaputi kuih dan apabila air gula kering ttp api dan hidangkan..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...