Friday, October 24, 2014

Cucur manis

Minum petang dengan menu simple.....saya panggil cekodok air panas....nama glamer dia sekarang cucur manis.

Bahan2nya

3 cawan tepung gandum

3 cawan air panas mendidih

1/2 cawan susu pekat manis

Secubit garam

Minyak untuk menggoreng

Caranya


Gaul semua bahan guna senduk. Bila dah sejuk, uli doh dengan tangan hingga sebati.


Basahkan jari dan ambil sedikit doh dan bulatkan.

Buat hingga selesai dan goreng dengan api sederhana.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...