Wednesday, October 1, 2014

Jus roselle

Tadi pegi pasar jumpa roselle....murah gak....sekg rm3.50......apa lagi...amik la sebungkus. Dah lama tak jumpa buah ni kat pasar dan dah lama tak buat kordial dan jem roselle......

Nak buat kordial roselle ni senang sangat....

Bahan2nya

1 kg roselle

1 1/2 kg gula pasir

1 liter air

Masak semua hingga gula larut sepenuhnya. Dan sedikit pekat. Sejukkan. Tapis hampasnya dan simpan di dalam bekas yang sesuai.

***********************

Jem roselle

Hampas roselle

Gula secukupnya

Sedikit air

Masak hingga gula larut dan jem memekat...

Sejukkan dan simpan didalam bekas yang sesuai...

Menurut sumber http://www.beritakampus.usm.my/index.php/utama/rencana-kampus/569-sekuntum-roselle-sejuta-khasiat roselle merupakan satu tumbuhan herba semulajadi yang mengandungi kandungan vitamin C, mineral dan serat. 

Tambah beliau, Roselle juga mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin D, B1 dan B2. Selain vitamin, ia juga mengandungi hampir 486mg kalsium, iaitu jumlah yang cukup banyak serta mengandungi Magnesium, Beta-Carotene dan OMEGA-3 serta Antioksidan.

Ramai saintis percaya bahawa  pengambilan Roselle akan melambatkan proses penuaan dan mencegah penyakit kronik kerana ia menghadkan kerosakan yang dilakukan oleh radikal lantaran ia kaya dengan antioksidan.

Selain itu, ia juga mampu membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh, mengatasi tekanan darah tinggi, mengandungi Flavonoid yang berfungsi sebagai antibiotik bagi membunuh kuman-kuman penyebab penyakit serta menjadi penyaring racun dalam tubuh. 
Tambahan pula, Roselle juga mempunyai khasiat yang tinggi bagi mengubati penyakit-penyakit seperti:

Mencegah penyakit kardiovaskular.
Mencegah kanser
Demam panas/selesema.
Resdung (alergi) dan lelah (asma).
Stress/sukar tidur
Melancarkan peredaran darah
Mencegah peradangan pada salur kencing dan pembentukan batu karang
Mencegah penyakit jantung
Mengubati pening kepala/migraine


Buah roselle yang telah dikeluarkan bijinya dan dibersihkan...
Kordial siap dimasak....

Inilah hasilnya dengan sekilo roselle, sejukkan betul2 sebelum dipindahkan ke dalam bekas yang sesuai....simpan di dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama sebab kordial ini tidak menggunakan bahan pengawet

.....jangan takut dengan warnanya yang pekat tu sbb ianya pewarna asli.....selamat lagi berkhasiat.
Ini pulak hampas dari kelopak roselle yang direbus untuk dijadikan kordial......warnanya masih pekat....jangan dituang dalam tong sampah yer....jom kita proses untuk dijadikan jem pulak....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...