Labu ni saya dah beli sebulan lebih dah...tersimpan jer. Rancangan asal nak buat sekaya labu tapi bila daun pisang yang dibeli jumaat lepas dah mula menguning sayang pulak kalau tak guna cepat ...
Baru2 ni buat bingka labu guna buah yang ipar bagi.....kalau simpan lama sangat labu ni takut rosak.....itu pun ada lagi 2 biji labu yg masih belum dimasak.....ada stok daun nanti boleh buat koci labu pulak....
ok la malas nak coloteh panjang....kita semak resepi...
Bahan2
1 biji labu - belah 2, buang biji dan kukus selama 15 - 20 minit (hingga lembut), sejukkan dan keruk/korek isinya
1 cawan santan pekat (atau air)
3 cawan tepung
Gula secukup rasa
1/2 sk garam
bahan lain
daun pisang secukupnya dilayukan
kelapa parut yg digaul dengan sedikit garam jika suka
satukan semua bahan kecuali santan. Adun sebati. Tambah santan sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang tidak terlalu lembik....
Cara2nya
Ambil dua sudu adunan dan ratakan dia atas daun pisang.
Letakkan sedikit kelapa parut jika suka...
Gulung lepat seperti gambar di atas.
Lipat kedua2 hujung.
Susun di dalam loyang pengukus. Buat hingga siap.
Setelah siap, kukus lepat selama 1/2 jam.
Sejukkan dan sedia dinikmakti....
Daunnya tak berapa elok....banyak berlubang dan koyak....tu yang ada yang terkeluar2 isinya lepas dikukus...
Ada sesetengah orang tak sukar lepat yang berinti.....jadi boleh abaikan inti kelapa parut tu....buat la ikut citarasa masing2....
No comments:
Post a Comment