Wednesday, October 15, 2014

Nasi lemak sambal ayam


Aritu masak ayam masak merah kononnya nak makan dengan nasi lemak....sudahnya ayam habis nasi tak lemak2 jugak. Malam ni masak pulak ayam sambal @ sambal ayam.....insya Allah pg besok diberi kekuatan untuk bangun awal untuk masak nasi lemaknya.

Ayam masak sambal @ sambal ayam

Seekor ayam potong 8 digoreng separuh masak
20 biji cili kering direbus @ rendam air mendidih
3 biji bawang besar (hiris)
8 ulas bawang putih (hiris)
4 inci halia (hiris)
2 batang serai (ketuk)
4 sb air asam jawa pekat
garam dan gula secukup rasa

kisar cili,  separuh bawang, halia dan bawang putih yg dihiris hingga lumat.
panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis serai,  baki  bawang, bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan air asam, garam dan gula secukup rasa. Masukkan ayam dan masak hingga kuah memekat dan ayam masak sepenuhnya.

@@@@@@@@@@@@@@@

Resepi nasi lemak kali ni ada kelsinan sikit. Selalunya letsk halba tapi kali ni letak lada hitam biji. Begitu juga dengan bawang, halia dan serai....lebur terus jer tak tumis2 pun...

Nasi lemak

4 cawan beras, basuh (rendam jika guna basmati) dan toskan
5 cawan santan (sukatan yang saya guna untuk beras basmati)
1 biji bawang besar (hiris)
2 inci halia (hiris)
2 sb lada hitam biji
garam secukup rasa
2 helai daun pandan simpul
1 batang serai diketuk

Satukan semua bahan di dalam periuk nasi dan tanak seperti biasa. Kareh nasi setelah nasi masak.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...