Kuih ulat bulu namanya.....kuih ni adik beradik buah melaka. Bezanya cuma pada inti dan bentuk ..kalau buah melaka intinya gula melaka atau gula merah (kat kg dulu biasa guna gula merah). Kuih ulat bulu ni intinya kacang merah.
Perbezaan lain adalah pada bentuknya yg bujur berbanding buah melaka yg berbentuk bulat.
Cara penyediaan kuih ni sama macam buah melaka. Saya kongsikan resepi pada sesiapa yg ingin mencubanya. Sesuai sangat dijadikan juadah untuk minum petang dan kalau nak menziarah sesiapa boleh la bawak kuih yang mudag cara penyediaan dan sangat menarik kerana kuihnya berwarna warni persis lampu trafik๐ ๐ ๐ .
Kuih ulat bulu
Doh
1 paket tepung pulut
Air secukupnya
Pewarna kuning, hijau dan merah
Masukkan tepung ke dalam mangkuk. Tuang air sedikit demi sedikit sambil gaul rata dan uli menjadi doh yg tidak terlalu lembik dan senang dibentuk.
Bahagi adunan kepada tiga bahagian. Titiskan pewarna berlainan untuk setiap adunan. Uli hingga warna doh sekata.
Air secukupnya untuk merebus
Daun pandan untuk membangkitkan aroma kuih
Inti kacang merah (boleh dibeli di kedai bakery)
Kelapa parut rang digaul dengan sedikit garam
Cara2nya
Ambil sedikit doh. Leperkan dan letak inti kacang.tutup doh dan bentukkan membujur.
Susun atas bekas yg telah dioles dengan sedikit minyak untuk mengelakkan doh melekat atas bekas. Buat sampai siap.
Didihkan air dengan daun pandan. Rebus doh hingga timbul. Angkat dan golekkan ke dalam kelapa parut.
#kuihulatbulu
#kuih
#allaboutfood
#instafood
#foodielover
#foodie
#cookedwithlove
Kuih ulat bulu....teringin nak makan. Lepas tu ada lak niat nak bagi pada hakakku yang tak sihat di sinun.
Buat sepeket tepung pulut banyak juga hasilnya...selain bagi kat hakak di sinun....dapat gak jiran sebelah menyebelah rasa. Mesti diorang tak pernah makan. Jangan lepas makan masing2 pakat naik gatal satu badan udah.......
Thank you so much for sharing such a superb information's with us. Your website is very cool. we are impressed by the details that you have on your site. Every router and modem has login credentials and a default IP address that allows you to access the settings. 192.168.l.254 is one such IP address used to access settings of routers like TP-Link, 2Wire, ADSL routers, 3Corn routers and Westel ADSL moderns to name a few.
ReplyDelete