Monday, September 9, 2019

Nasi Daging Utara

Nasi daging utara untuk kuliah maghrib bersama ustaz syed......masak bergotong-royong dengan orang2 kuat surau Ar Raihan. 11 kg daging korban yang memang disimpan utk kegunaan jamuan kuliah, 7 kg beras basmathi, jelatah dan air asam kerisik bakal dinikmati bersama tetamu rumah Allah malam ni.
Masakan ni tak cukup bahan disebabkan kekangan bajet. Sepatutnya sekg serbuk badam,  gajus, yogurt dan rempah empat sekawan tinggal bertiga jer. Bunga cengkih kehabisan stok dipantry surau. Daun pandan pun terpaksa dilupakan kali ni.
Cara memasak kali ni terpaksa diubah suai kerana ketiadaan periuk besar. Abam sayam saya berada diluar kawasan jadi tiada kederat nak mengeluarkan periuk dari stor barangan dapur kat rumah.
Kekal dengan resepi mamak haji...dah bertahun guna resepi ni...
Nasi Daging
Bahan-Bahan:-
1 kg daging - dipotong agak besar (12 - 14 ketul) direbus sehingga lembut dan jangan lupa simpan air rebusan untuk memasak nasi kemudian.
Kalau tak mahir potong daging, biar saja penjual daging memotong untuk anda. Cuma bagi tahu berapa ketul yang anda perlukan. Kalau Daging segar korban peh!..tak yah rebus ia adalah amat baik.-
1 kg berasmathi - basuh dan rendam 30 minit.
Sukatan air rebusan daging yang diperlukan sama dengan sukatan beras 1:1 1/4 sekiranya menggunakan basmathi pusa.
3 sudu besar kimball tomato sup (takde bajet kali ni omit😄)
3 sudu Yogurt asli (tairu) atau susu cair 1/2 tin.-
Gula batu sedikit
Garam secukup rasa.
Bawang Goreng untuk ditaburkan.
Bahan-bahan Untuk Menumis:-
1 senduk besar minyak masak (lebih kurang 4-5 sudu besar).-
2 sudu besar minyak sapi.-
2 sudu besar rempah daging.-
1/2 sudu kecil Jintan Manis.-
1/2 sudu kecil Jintan Putih.-
1 sudu besar rempah beriani.-
100gm buah badam yang direndam, dibuang kulit dan di mesin halus.-
sedikit buah kismis dan Jangus.-
1 sudu besar bawang putih + halia telah dimesin.-
2 biji bawang besar telah dimesin halus.-
1 biji bawang besar dihiris.-
1 helai daun pandan di potong 3 inci panjang.-
1 sudu kecil Garam masala -
Kayu manis 1,
bunga lawang 3,
cengkih 4 dan
buah pelaga 4.


Cara-Cara Memasak:
1. Panaskan periuk, masukkan minyak kemudian minyak sapi.
2. Bila minyak panas, masukkan Garam masala, bawang hiris, bawang putih dan halia dikisar, daun pandan, biji jangus dan kismis dan bawang dikisar.
3. Bila tumisan mula keluarkan bau yang harum masukkan daging yang telah rebus, masukkan rempah kari dan beriani, tairu dan kisaran buah badam. Jangan sampai hangit dgn segera masukkan air rebusan daging yang telah tapis. Masukkan gula batu dan garam secukup. Rasa kemasinan air. Tutup tudung periuk.
4. Apabila air mula mendidih buka tudung dan masukkan beras dan kacau perlahan. Apabila air mula mengering, Kecilkan api dapur dan tutup tudung periok dgn ketat. Boleh tindihkan tudung dgn benda yg berat seperti batu lesong supaya wap tidak terlepas keluar dgn banyak.
5. Tunggu sampai wap mula keluar dari tudung periok isyarat nasi mulai masak.
Biasanya nasi akan masak dengan sempurna 25minit - 35 minit. Api dapur perlu dijaga supaya nasi tidak hangit. Kepada yang baru ingin mencuba dan tidak pandai mengawal api dan masak dalam kuantiti kecil boleh gunakan kuali leper sebagai pelapik periok anda supaya api dapur boleh dikawal.
6. Apabila nasi telah masak mencungkil menggunankan sudip dan terbalikan nasi dari bawah ke atas supaya nasi lebih peroi. Dua atau tiga kali memadai.
7. Jangan kerap buka tudung periok nasi. Ini akan menyebabkan wap terkeluar banayak dan Nasi anda menjadi mentah. Sekiranya nasi anda menjadi mentah, renjiskan air panas (guna sudu) ke atas nasi dan masak kembali dengan api yang sama. Hahaha...kalau mentah juga...kukus saja nasi itu...hehehe!. Jadi Nasi Daging Kukus hahaha!.












AIR ASAM KERISIK
Cili Api,
Belacan Bakar
lada merah
Air asam jawa
Masukkan dalam blender kisar (jumlahnya perlu anda yang kena tentukan kalau nak pedas bubuhlah lebih sikit kalau tak mahu pedas kurangkan).
Masukkan perahan air limau nipis, gula, garam dalam bahan kisaran tadi.Hiris bawang besar dan tomato sedang masak dan gaulkan sama rata.
Boleh juga masukkan hirisan cili hijau. Tambah kerisek. Jadilah ia Air Asam.


#daging
#nasidaging
#airasamkerisik
#jelatah
#foodie
#foodielover
#instafood
#allaboutfood

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...