Saturday, August 13, 2016

Asam rebus terung iban


Terung iban, terung asam dan beberapa nama lain diberi pada spesis terung yang berwarna kekuningan bila masak. Terung ni biasanya ditanam di sabah dan sarawak. Semakin sukar diperolehi. Kalau kat semenanjung ni takde la nampak lagi di pasar. Kalau ada pun yang ditanam sendiri. Saya pernah tanam dan hampir berbuah tapi mati kerana serangan sejenis serangga.

Dua minggu lepas, dapat dua biji pemberian jiran yang ke sarawak. Seronoknya dapat lepaskan mengidam....dah lama tak makan. Terung asam ni saya masakkan asam rebus jer....masakan simple dan sihat....rebus2 takde guna minyak.


Asam rebus terung iban @ ZLC

3 ekor ikan senangin
1 1/2 biji terung asam - kupas kulit dan potong wedges
1 batang serai diketuk
Daun kesum/cendehum
Bunga kantan (jika ada)
Garam secukup rasa
Air secukuonya

Kisar atau tumbuk

5 biji cili merah + cili padi (ikut citarasa)
1 biji bawang besar saiz sederhana
Belacan sebesar ibu jari - bakar
Seketul kunyit hidup

Satukan semua bahan kecuali kesum. Masak hingga mendidih dan ikan masak serta terung empuk. Masukkan daun kesum. Renihkan selama 2 minit dan tutup api.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...