Friday, September 4, 2015

Kuih Seri Ayu


Pagi tadi sebelum bergerak ke tanjung malim sempat la adun apam ayu ni. Memang niat nak buat besar2....cepat siap... Sebelum pegi sempat kukus 3 ketul apam. Cukup untuk sarapan pagi. Selebihnya sambung petang lepas balik dari tanjung malim.

Mood petang lain pulak. Malas nak letak kelapa....nak cepat pun yer sbb kuih ni nak di bawa ke surau untuk majlis ilmu. Jadi nak mudah saya tuang dlm acuan lompang yg warna merah tanpa kelapa dan setengahnya saya gaul ngan cip coklat ...ok je rasanya....hehehe....

Kejadian sicomel ni ada yg merekah ada yg tidak...tak tau la kenapa.....Takpe la kan....jom semak resepi yang saya cnp dari jintan manis nih...

Kuih Seri Ayu

Bahan-bahan ( 25 - 30 biji )

2 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 sudukecil ovellete
1 sudu kecil perisa pandan
pewarna hijau
kelapa putih + dgn sikit tepung gandum dan garam

( ros tambahkan 1 sudu kecil baking powder dan ayak bersama tepung gandum)

Cara-cara

1. pukul gula dan telur hingga kembang, masukkan ovellete dan pukul lg.
2. masukkan tepung, santan, perisa pandan dan pewarna, pukul lg hingga sebati
3. isikan kelapa putih dlm acuan, tekan sikit supaya mampat, tuangkan adunan dan kukus lebih kurang 7 minit.

Nota tambahan untuk menghasilkan puteri ayu yang gebu lembut.- ros@jintanmanis.com

Langkah yang paling penting masa pukul telur tu, ros pukul dulu telur hingga berbuih, baru ros masukkan gula, dan pukul lagi sampai betul-betul kembang. 

Kemudian baru ros masukkan ovellete, bila masukkan ovalette tu pukul lagi sehingga ovelette tidak kelihatan dalam adunan, dan akhirnya baru masukkan bahan-bahan yan lain.

*Petua bagi puteri ayu senang dikeluarkan dari acuan- ros@jintanmanis.com*

1. pastikan acuan di sapu dengan minyak terlebih dahulu.

2. Pilih acuan yang tinggi sedikit dan permukaan dalam acuan puteri ayu berkilat, supaya senang dikeluarkan nanti. ( ros ade dua jenis acuan puteri ayu yang dalam nye tak berkilat dan yang berkilat, ternyata acuan yang dalamnye berkilat lebih senang digunakan).

3. Pastikan kelapa tu dimampatkan betul-betul ke dasar acuan, setelah siap dikukus terus keluarkan puteri ayu perlahan-lahan dari acuan.

Bila dah beso camni, nak makan kena la potong2....sebiji leh makan ramai2.

Yg bawah ni senang.....seketul sekali ngap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...