Thursday, September 3, 2015

Kek Labu Manis

Tadi selongkar draft blog...dah cecah 800 lebih resepi yang dikumpul dan tunggu giliran untuk dicuba. Geledah punya geledah jumpa resepi dari tiffinbiru ni, dah lebih 3 tahun terperap.... Labu memang ada stok, beli weekend aritu. Tadi kakak buat masak lemak 1/3, ada 2/3 lagi tu boleh buat kek ni..

Ya ampun....sedap kek ni. Warna kun8ng semula jadi...Lembut gebu jer....harum semerbak sebab saya guna mentega tulen....sampai tingkat atas berbau. 


Kek ni banyak lubang besar2 sbb saya tak ayak tepung dengan baking soda dan powder tu...saya terus tuang jer sebab malas nak ambil pengayak. Hehehe...maafkan aje la yer...apa ada pada rupa...janji cantik lalu kat tekak.


Kek Labu Manis

BAHAN-BAHANNYA :-)

3 biji telur gred A
1 cawan minyak jagung (nak sedap guna mentega cair)
1 1/2 cawan gula halus
1 camca teh esen vanilla
1/4 camca teh garam
450 g labu, kupas kulit, kukus hingga lembut dan lecek halus
2 1/2 cawan tepung gandum *
1 camca teh soda bicarbinate*
1/2 camca teh baking powder*
1 1/2 camca besar susu tepung*(*digaul rata dan ayak)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung sedikit tepung gandum dan ketuk keluar lebihan tepung. Panaskan oven pada suhu 160C (jika anda menggunakan tin bewarna hitam macam dalam gambar tu, kalau tin biasa panaskan pada suhu 175C).
  2. Dalam satu bekas, satukan telur, gula, garam, minyak(@mentega cair), labu manis lecek dan esen vanilla, kacau hingga semua rata dan sebati menggunakan whisk.
  3. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit ke dalam no 2. Kacau  hingga semua sebati dan adunan tidah berbintil2. Tuang dalam tin yang telah disediakan tadi. Bakar selama 50 minit hingga 1 jam. Bergantung pada oven masing2.
  4. Bila kek masak (uji kek dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih tanda kek telah masak) keluarkan dari oven dan biar kan sejuk 10 minit. Keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan.
  5. Boleh dihidangkan atau nak lagi sedap, simpan semalaman, kek akan menjadi lebih lembap dan lembut...Selamat mencuba untuk semua...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...