Friday, September 11, 2015

Labu masak lemak


Lemak labu ni merupakan menu terakhir yg dihasilkan dari sebiji labu.....macam2 variasi masakan berasaskan labu boleh dibuat selain kek, bingka, koci, sekaya labu dan buah melaka

Malas nak sembang banyak....jom tengok resepi masak lemak labu yg disediakan oleh ipar dan biras saya nih.
 
Masak lemak kuning labu dan kacang panjang

1/4 biji labu di kupas kulit dan potong sederhana
8 batang kacang panjang patah2kan 2 inci panjang
* 5 ulas bawang merah
* 3 ulas bawang putih
* 10 biji cili padi (kalau tak nak pedas hiriskan 2 biji cili merah jer)
Sedikit ikan bilis atas udang kecil sebagai perencah
* Sedikit ibu kunyit
Sehelai daun kunyit - carik2kan saja
Garam secukup rasa
1 keping asam gelugur
3 cawan santan cair
1 cawan santan pekat

Tumbuk * dan bilis hingga lumat. Kalau guna udang tak perlu tumbuk. 
Kukus sebentar labu. Masukkan kesemua bahan kecuali kacang dan santan pekat.
Masak hingga seketika. Masukkan kacang panjang. Biarkan seketika sebelum masukkan santan pekat dan garam secukup rasa. Masak hingga mendidih. Kacau selalu supaya santan tak pecah minyak. Hati2 ketika mengacau supaya labu tak hancur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...