Friday, September 11, 2015

Kuih Peria


Variasi kuih daripada tepung pulut. Macam2 kuih traditional melayu dibuat berasaskan tepung pulut. Antaranya  koih koci, kuih tepung bunga, buah melaka, puteri mandi, badak berendam, kuih getas, kuih abok2, kuih bom tepung pulut, kuih lesung dan byk lagi.....dan petang ni saya buat kuih peria. 

Kebiasaanya kuih ni org letak inti kacang hijau tapi memandangkan inti kelapa masih byk lagi di dlm freezer tu saya pun guna inti sedia ada jer. 


Jom kita tengok resepi sempoi amat nih..

300 gm tepung pulut
250 ml/1 cawan santan pekat (kalau guna kelapa parut - boleh kisar kelapa parut dan beberapa helai daun pandan untuk mendapatkan aroma kuih yg lebih harum)
Sedikit garam
Pewarna hijau

Bahan lain

Minyak masak
Inti kelapa atau kacang hijau
Daun pisang

Masukkan tepung ke dalam mangkuk. Masukkan pewarna dan garam ke dalam santan dan kacau rata. Tuangkan santan ke dalam mangkuk tepung sediiit demi sedikit sambil uli hingga menjadi doh lembut.


Resepi inti kacang hijau

1 cawan kacang hijau (rendam 3 jam atau lebih - sesekali ganti air - kalau rendam kacang ni cepat empuk...jimat gas)
1 keping gula nise
Gula putih secukup rasa dan sedikit garam
Air utk merebus

Rebus kacang hingga empuk. Air jgn banyak sangat dalam 3 cawan. Sesekali kacau. Kalau kacang masih belum empuk tapi air dah kering boleh tambah air. Masukkan gula dan garam. Kacau dan pastikan gula hancur dan inti pekat dan agak kering. Sejukkan dan sedia digunakan. Kalau buat banyak boleh simpan dalam freezer.

***************

Inti kelapa atau boleh guna inti kacang hijau. Kepal inti berbentuk bujur.


Daun pisang secukupnya. Dan minyak untuk disapu pada daun pisang supaya kuih tak melekat. 


Ambil doh sebesar bola golf, leperkan dan isi inti yang dikepal tadi.


Tutup doh dan bentukkan membujur.


Masukkan ke dalam plastik untuk mendapatkan corak peria.


Alas doh yg telah dibentuk dengan daun pisang yang telah di sapu dengan minyak masak.  Susun di dalam pengukus. Kukus selama lebih kurang 15 minit.


Sedia dinikmati bersama keluarga tersayang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...