Thursday, September 10, 2015

Labu sira


Rabu lalu balik kampung mertua sebab dapat panggilan ipar...mertua pitam. Sampai sana, ipar dan biras lain dah sampai. Alhamdulillah masa tu mertua dah ok sikit. Anak2 menantu pakat balik...hapi la dia....dah boleh makan.

Bila dah ramai2 camtu....kebwtulan pulak cuaca sejuk sebb hujan sepanjang hari, maka masing2 dok mencari idea utk masak2. Ternampak labu besar atas meja....rasanya dah ada kat situ sejak balik raya lagi....suruh la biras belah nak tengok elok ke tidak sebab dah berbulan usianya.... Alhamdulillah rezeki kami...labu tu masih ok. 
 

Perancangan awal labu ni nak dibuat bingka tapi dok tunggu org parutkan kelapa tak dibuat2....last2 postpone niat sampai esok paginya. Dari rancangan awal nak buat bingka dah tukar jadi 3 masakan berasaskan labu....labu sira, lepat labu dan lemak labu....punya besar labu ni sampai mcm2 boleh buat.

Labu sira zulfaza

Labu dikupas kulit, potong saiz sederhana dan kukus hingga empuk. Jgn sampai benyek.
1 cawan gula di masak dengan 2 cawan air, sehelai daun pandan simpul dan 5 kuntum bunga cengkih.

Labu yang telah empuk dipindahkan ke dalam mangkuk dan siram dengan air gula tadi. Sedia di makan. Sesuai sebagai hidangan minum petang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...