Malam ni projek kek lumut dengan biras2 kat umah mertua....asalnya kek ni empunya resepi, biras yg duduk dimukah nak buat sempena raya haji semalam. Tapi katanya tak sempat sebab dah kepenatan memasak juadah raya yg lain.
Bila sampai tadi, biras yg tinggal ngan mertua ajak meneruskan projek tu sementelah bahan2nya dah dibeli.... Saya pun memang dah lama tak buat kek lumut yang sedap dan lemak manis dengan macam2 bahan yg digunakan tu....
Kek yg gebu gebas...memang sedap....teksturnya gebu halus....lembut ringan...
Kek lumut
10 biji telur
250 mentega (gunakan mentega tulen untuk hasil yang lebih baik)
1 cawan gula
1 1/2 cawan tepung gandum/tepung hongkong
200 gm (1 paket kecil) horlick
1 tin kecil kaya
1/2 tin susu (3/4 cawan)
Pes pandan dan pewarna hijau
Panaskan air kukusan.
Pukul mentega dengan gula hingga gebu dan ringan. Masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga kembang. Masukkan pes, pewarna, kaya dan susu, terus pukul sebati. Masukkan horlick dan tepung sedikit sedikit dan pukul sebati.
Alas loyang dengan baking paper atau oleskan dengan mentega dan tabur sedikit tepung. Tuangkan adunan kedalam loyang. Tutup permukaan dengan foil. Masukkan ke dalam kukusan. Kukus selama 4 jam kalau ikut resepi asal tapi yg ini dikukus 1 1/2 jam ajer sbb masing2 dah mengantuk....dah pukul 12 lebih mlm...
Keluarkan kek dari pengukus. Terbalikkan diatas redai...sejukkan atau kalau tak sabar...potong jer dan terus ngap....
No comments:
Post a Comment