Tuesday, September 8, 2015

Resepi muffin jagung simple


Petang ni merajinkan diri buat muffin untuk minum petang. Anak request kek yg berhias cream tapi kerajinan kurang nak memukul kek dan deco2. Jumpa resepi ni terus terpikat....bahan ada kecuali esen jagung, kalau letak aroma jagungnya lebih menyerlah. Pewarna sengaja tak letak. Gulanya saya guna separuh gula perang dan separuh gula castor dan saya kurang kan dlm 2 sudu. Tak mau manis sangat....nanti hubby komplen....hahaha.

Satu adunan saya dapat 21 ketul muffin saiz comel...cukup la utk minum petang....muffin ni ringan jer jadinya...memang akan ada siaran ulangan insya Allah. Tapi next time nak letak esen jagung......


Resepi Oleh Anis Ayuni yang dipost di fb Buku Resepi.

Resepi muffin jagung simple

Bahan A

2 cwn tepung gandum
1 s/t baking powder
1 s/t soda bikarbonat
1 s/t garam

Ayak bahan A

Bahan B

1 cwn jagung krim dlm tin (saya habiskan 1 tin sbb malas nak simpan bakinya)
1 cwn minyak masak
1 cawan gula pasir 
1 biji telur (pukul skit guna garfu) (saya guna 2 biji saiz C)
Sedikit perwarna kuning (saya tak letak)
Sedikit esen jagung (saya tak letak sbb takde)

Cara-caranya

Panaskan oven 180°c
Campurkan bahan B ke dalam bahan A.
Gaul rata dengan spatula. Jangan gaul lama nanti muffin jadi kering dan keras. Masukkan dlm papercup dan bakar selama 20-25 minit atau bakar sehingga masak.
Selamat mencuba.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...