Sunday, September 13, 2015

Ikan percik bunga kantan

Hidangan tengahari....ringkas jer. Bunga kantan banyak...beli kat kampung....12 kuntum cuma 4 ringgit....murah giler...


Macam2 masakan boleh dimasak guna bunga kantan ni.....nasi goreng, ayam goreng, air asam, asam pedas.....macam2 la...tu pasal harganya melambung tinggi...sampai tak sempat nak kembang bunganya...siap ada yang sanggup mencuri bunga ni kat kebun orang....

Ikan percik bunga kantan

Bahan-bahan:

3 ekor ikan kembung/pari yang besar
2 cawan santan pekat
*15 biji cili kering (nak pedas boleh tambah cili padi sikit)
*10 ulas bawang merah atau 3 labu bawang besar
*1 inci halia
*1 ketul kunyit hidup
*1 batang serai
2 camca besar air asam jawa
1 kuntum bunga kantan dihiris halus
Garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Ikan dibersihkan kemudian dikelar-kelar kedua belah badannya. Setelah itu lumurkan dengan garam dan kunyit, kemudian bakar sehingga separuh masak.

2. Sementara ikan di atas dapur, eloklah sediakan kuahnya. * dikisar hingga lumat. Setelah itu masukkan bahan-bahan ini di dalam periuk bersama santan. Masukkan juga air asam jawa, gula dan garam. Masak dengan api yang perlahan hingga pekat kuahnya.

3. Kemudian angkat, ambil kuahnya dan sapu ke atas ikan yang dipanggang tadi. Bila sudah kuning, balikkan dan lumurkan lagi dengan kuahnya di bahagian sebelah lagi.

4. Buatlah sebegini hingga ikan tadi masak dan kuahnya melekat pada ikan. Kemudian bolehlah diangkat untuk dihidangkan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...