Thursday, September 3, 2015

Roti sosej wholemeal

Meroti lagi....kali ni buat roti yg anak2 paling suka. Lama dah tak buatkan sebab tak galakkab sangat diorg makan sosej. Roti ni sebenarnya guna resepi roti asas yg selalu saya guna tu jer cuma saya ejas sikit timbangan bahan2nya. Saja nak test...saya kurangkan gula, mentega dan kurangkan tepung gandum dan ganti dengan tepung wholemeal....

Alhamdulillah...jadinya ok sangat. Lembut gebu macam biasa.

RESEPI ROTI SOSEJ WHOLEMEAL

Bahan - Bahan :

440g tepung gamdum + 60 gm tepung wholemeal
50g gula kastor
5g garam
30g susu tepung
5g GR Superbake @ 7g bread improver & 7g bread softener 
8g yis
50g marjerin @ shortening 
1 biji telur ( jangan masukkan telur jika guna GR Superbake )
250gram air sejuk (peti ais)

Cara-Cara Dengan Menggunakan Breadmaker (sila rujuk teknik menguli):

Masukkan air, susu tepung, gula kastor & telur (bahan basah) ke dalam bread maker.
Gaulkan tepung, superbake @ improver & yis (bahan kering)
Masukkan bahan kering ke dalam bread maker. Pilih menu dough ikut BM masing2
Kemudian masukkan shortening @ marjerin dan garam ke dalam bread maker.
Keluarkan doh yang siap diuli dan timbang doh seberat 50 gram setiap satu.Uli bulat @ ikut citarasa anda. 

Rehatkan 60 minit (proofing).

Selepas itu masukkan kedalam oven dan bakar pada suhu 150 C selama 15-20 minit
Keluarkan dan sapu marjerin ketika panas.

Roti siap.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...