Thursday, September 3, 2015

Kangkung Goreng Belacan



Sapa suka kangkung angkat tangan.....kangkung ni sayur yang harganya murah dan sedap...selain goring belacan, saya suka tumis dengan taucu atau celur makan dengan kuah kacang....nama apa tu....lupa la pulak. Atau sotong kangkung yang femes kat Ipoh dan Penang atau buat nasi goreng kampong.....alamak, terliur memikirkannya...


Bila proses kangkung ni kena hati2....batang dia tu belah elok2 sbb selalu juga ada cacing atau serangga kat dalam dia tu....basuh bersih2 supaya segala benda asing yng menghuni kangkung ni keluar sebelum kita masak yer....

Kangkung goreng belacan

Bahan-bahan

1 ikat kangkung (kangkung kampong lagi sedap)
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji cili api (nak pedas tambah lagi la yer)
Sedikit belacan (saya suka guna belacan bakar atau sangrai)
2 sudu besar ikan bilis
Sedikit air
Garam secukup rasa

Cara-cara
  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili api, belacan dan ikan bilis.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
  3. Masukkan sedikit air, kemudian masukkan kangkung.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak kangkung sehingga sedikit layu (2-3 minit).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...