Monday, April 20, 2015

Udang masak lemak dengan buncis

Menu ringkas hari ahad..... masakan ringkas pun kena gayanya makan boleh bertambah juga...

 
Udang masak lemak dengan buncis
zulfaza love cooking

*6 ulas bawang merah
*1 ketul kunyit hidup
*15 biji cili padi
1 batang serai dititik
2 mangkuk santan (11/2 mangkuk santan cair dan 1/2 mangkuk santan pekat/pati)
1/2 kg udang sederhana
20 batang buncis dipotong serong
1 keping asam gelugur
garam secukup rasa

Tumbuk *. Masukkan *,  serai,  santan cair dan asam ke dalam periuk. Masak hingga hampir mendidih. Masukkan buncis dan udang. Masak hingga mendidih. Kacau selalu. Masukkan santan pekat dan perisakan dengan garam secukup rasa. Masak lagi hingga mendidih dan udang serta kacang masak sempurna. Kacau selalu supaya santan tidak pecah minyak.

****jgn masak udang terlalu lama....agak2 bila udang berubah warna dan melengkung, tutup api dan alihkan periuk daripada dapur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...