Monday, April 6, 2015

Roti arab

Bila member dok promote kelas roti arab terus jer dapat idea buat roti arab untuk sarapan. Tapi roti arab goreng adik beradik roti puri/puree. Malam tadi masak kari tongkol dan sambal bilis ada baki dalam peti sejuk tu.....cukup la sebagai pelengkap hidangan pagi ni. Untuk hubby saya masakkan nasi putih untuk makan dengan kari.....mcm nak ke kebun pulak....sarapan dgn nasi..... Resepi saya kidnap dari blog dayang jack. Bentuk tak hensem....almaklum la pepagi buta hari kerja ni masa terhad...


Mula2 buat besar2 leper pastu tukar buat bulat kecik sikit....anak2 nak makan senang...


Resepi sambal boleh klik link sini yer

Roti Arab 
Bahan-bahan : hidangan utk 4-5 orang
250 g tepung gandum
2 sk yis mauripan
1 sb susu tepung (jika guna susu segar tak perlu guna susu tepung)
1 sb marjerin/mentega
1 sb gula
160ml -170 ml air suam (boleh campurkan dgn susu segar)
Cara-cara :
Satukan yis bersama air suam dan gula. Bancuhkan hingga gula larut. Kemudian biarkan sebentar sehingga yis berbuih. Di dalam bekas yg agak besar, ayakkan tepung. Satukan dgn garam, susu tepung dan marjerin/mentega. Gaul2kan rata2. Buatkan lubang di tengah2nya, kemudian tuangkan yis tadi. Kacau dan uli hingga menjadi doh yg licin. Setelah itu, simpankan doh di dlm bekas yg agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Biarkan ia naik selama 1 jam.
(Doh saya uli sekejap...tak sempat sampai doh licin pun)
Sementara itu, bolehlah buat kari sardin, kari ikan, kari ayam dsbnya....hehe.Keluarkan doh, uli sekali lagi dan bahagikan kpd beberapa bahagian. Bulat2kan doh dan leperkan/canaikan. Jangan terlalu nipis atau terlalu tebal.Panaskan minyak secukupnya utk menggoreng. 
Setelah minyak cukup panas, goreng doh tadi satu persatu. Siram2kan roti agar ia naik kembang. Goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan.Bolehlah dihidangkan bersama kari sardin atau lauk apa2 jelah...selamat mencuba!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...