Thursday, April 2, 2015

Roti sosej dan beef floss

Meroti utk sarapan esok pagi.

Roti sosej dan beef floss

Bahan2nya

500 gm tepung roti/gandum/kombinasi
15 gm yis
5 gm improver/softener
15 gm susu tepung
5 gm garam
110 gm gula (cuma letak 60 gm saja)
80 mentega
1 biji /70 gm telur (telur gred AA)
225 gm air sejuk

hiasan

Putih telur + 2 sb air/susu untuk sapu atas doh
Mayonis
hirisan bawang holland

Satukan semua bahan (pastikan yis tidak diletak berdekatan dengan garam) kecuali mentega dan uli sebati. Masukkan mentega dan uli hingga doh licin, tidak lekat di tangan dan besen serta elastik.


Sapukan minyak dan perap selama sejam atau doh naik 2 kali ganda. Tumbuk doh dan uli sebentar. Sapu tangan dengan minyak dan bahagikan doh ikut citarasa.

Bulatkan doh dan susun dalam loyang. Biar doh naik seganda dan sapu susu segar/air ke atas doh.  Susun sosej dan bawang holland yang dipotong gelung. Picitkan mayonis dan sos. (Untuk roti beef floss, dah siap bakar baru picit mayo dan tabur beef). Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180°C - 200°C selama 20 - 30 minit atau hingga perang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...