Saturday, April 25, 2015

Roti gebu

Resepi ni bersumberkan Isma Maisarah cuma saya tukar susu tepung dengan santan  serbuk. Roti memang gebu dan lembut tanpa guna pelembut roti tapi menggunakan water roux. Tepung pun guna tepung gandum jer...


Roti ni satu saya buat plain dan separuh lagi letak sosej. Macam biasa roti sosej terlajak laris.....belum sempat sejuk lebih separuh dah habis...

Roti ni nyaris2 hangus sebab salah setting suhu....dok ingat set 180 celcius.....sekali intai tengok roti dah gelap....rupanya terset suhu lebih 200....huhuhu....nasib baik juga terfikir nak mengintai...

Roti gebu 

Bahan:

500gm tepung gandum
11 gm yis segera
1/2 cwn gula halus
Secubit garam
2 sudu besar serbuk santan
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bread improver
1 sudu besar water roux (nk letak lebih pun x pe tp kurangkan sukatan air)
1 biji telur
220 ml air
2 sudu besar mentega/shortening

Kelapa kering utk hiasan
Telur untuk sapu

Cara:
Satukan semua bahan. Kalau nk rendam yis dgn air suam dan gula dulu pun boleh. Uli hingga lembut..saya uli dgn tangan 1/2 jam..selang seli..banting doh..uli..x larat nk uli je. Perap doh 30 minit atau hingga doh naik sekali ganda. Setelah doh naik..tumbuk2 doh. Dan bulat2kan...atau nk letak sosej ke..rehat kan doh 30 minit..sapu butter atau kuning telur..bakar pada suhu 160c...selama 20-25 minit bergantung pada oven masing2.

Water roux
1/4 cwn tepung gandum
250 ml air

Campurkan semua bahan dan kacau dgn hand whisk. Masak atas api yg perlahan. Kacau sentiasa supaya jgn bergentel. Kacau hingga pekat agak2 mendidih sekejap, angkat dan sejukkan baru boleh guna & boleh disimpan dlm peti sejuk. Bila nk guna biar dlm suhu bilik baru digunakan. Tahan selama 2 hari.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...