Monday, April 27, 2015

Seriously Super Delicious Vanilla Cupcakes

Anak dok tengok iklan kat tv yg  anak ngan mak buat kek cawan vanila tu.......macam biasa request le ummi dia buat... Ummi pun apa lagi...bila dah ada permintaan.... Resepi kali ni saya cilok dari blog Azie Kitchen.


Memang sedap...tambah pulak guna golden churn.....bau menteganya semerbak....buat dua bancuhan....separuh pelangikan dan selebihnya plain.... Siap bakar jer satu loyang terus hilang.


Seriously Super Delicious Vanilla Cupcakes
Bahan-bahan

3/4 cawan  butter (170gm) - suhu bilik
3 biji telur - suhu bilik
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sk garam
1 3/4 cawan gula kaster (kurangkan jadi 1 1/2 jer....itu pun manis jugak)
3 sk vanilla 
1 1/4 cawan susu segar
2 1/2 sk baking powder


Cara-cara

Panaskan oven pada suhu 170C. 
Satukan dan ayak bersama tepung, garam dan baking powder.
Putar butter dengan kelajuan tinggi selama 30 saat. Masukkan gula dan putar sebati. Masukkan telur (satu persatu) dan esen vanilla sambil terus diputar.
Masukkan tepung dan susu secara berselang seli dengan kelajuan perlahan. Kacau sebati.
Tuangkan adunan ke dalam cawan kertas 2/3 penuh dan bakar selama 15-18 minit sehingga kekuningan atau sehingga masak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...