Monday, April 13, 2015

Masak lemak nangka muda dengan ikan masin

Semalam pegi pasar nampak org jual nangka muda...teringin jer...tapi selalu nangka dah lama....kurang enak....takde la beli...

Sekali gitu Allah bagi rezeki makan gulai  nangka muda.....Hubby balik dari surau jinjit satu beg plastik.....ada jemaah yg mmanjangkan sedekah....org kasi kat dia pastu dia agih2kan pulak kat jiran lain....Alhamdulillah....

Malam tu juga rebus dan simpan dalam peti ais...pagi ni baru dimasak lemak dengan ikan masin....

Masak lemak nangka muda dengan ikan masin

2 ketul ikan masin kurau/talang - potong dan rendam jap.
1 mangkuk nangka muda direbus empul - toskan
1 mangkuk santan cair
1/2 cawan santan pekat
*1 biji bawang besar
*4 biji cili masak
*1 ketul kunyit hidup
Sebatang serai di ketuk
Garam secukup rasa

* tumbuk jangan lumat sangat. Satukan semua bahan kecuali santan pekat dan garam. Masak hingga mendidih....kacau selalu supaya tak pecah minyak.  Masukkan santan pekat dan kacau rata. Rasa sebelum tambah garam secukupnya. (Bila memasak gulai letak iksn masin pastikan garam jangan letak awal dan banyak sbb masin dari ikan akan terbit setelah ikan sebati di dalam gulai).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...