Thursday, April 23, 2015

Kari tenggiri daun kesum

Buat lagi kari daun kesum sebab family cam suka jer dengan masakan ni....kali ni saya guna ikan tenggiri, dan tambah pulak bunga kantan.....atas alasan bunga kantan tengah murah....seringgit jer sebatang...kalau sebelum ni harganya pernah mencecah rm5 sebatang.....mahal giler....dok tanam kat surau tak hidup pulak....kalau tidak time harga tinggi kena pasang grill supaya tak hilang.....hehehe...

Kari kali ni saya tak letak santan....ganti dengan susu segar jer.....mood malas blend kelapa parut pagi2.....huhuhu...rasa ok jer....tak banyak beza dengan guna santan pun...

Kari tenggiri daun kesum

Bahan2

500 gm ikan tenggiri
secekak daun kesum
Saya tambah sekuntum bunga kantan kali ni sebab bunga kantan tengah musim....hehehe
1 ½ cawan santan pekat
2 ½ cawan air (atau gunakan 4 cawan santan sederhana pekat)
1 sudu besar asam jawa ~ larutkan dlm ½ cawan air di atas ambil jus
3 sudu besar rempah kari ikan ~ campur sikit air jadikan pes
beberapa terung (ikut suka nak letak sayur apa)
minyak untuk menumis
Garam

Bahan kisar

1 cm halia
1 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
2~3 biji cili kering (rendam air panas) /1 sudu besar cili kering kisar

Bahan tumis

1 sudu kecil halba campur
2 ulas bawang merah ~ dimayang
1 ulas bawang putih ~ dimayang
1 cm halia dimayang

Kepada yang tak kenal Halba campur, saya share kat sini gambarnya.... ehsan dari blog resepisedap-nennie...

Halba ni boleh beli dari supermarket atau kedai2 runcit terutamanya yg diusahakan oleh peniaga berbangsa India/mamak.....murah jer.....lain brand peratusan campuran bahan2nya agak berbeza dari pemerhatian saya...tapi tak melarikan rasa secara dominan pun.....



Cara menyediakan

1. Ikan tongkol dibersihkan & rendam dengan air asam jawa selama 15 - 20 minit. Cuci bersih & tos.

2. Dalam periuk panaskan minyak masak lalu tumiskan halba campur hingga wangi. Terus masukkan bahan2 tumisan yg lain. Bila bawang2 dah agak layu, masukkan bahan2 kisar. Tumis lagi hingga wangi & terbit minyak. Masukkan pes kari & kacau rata.

3. Bila bahan dah cukup masak/terbit minyak.. masukkan santan & air. Biarkan ia mendidih sambil sentiasa dikacau. Masukkan ikan, air asam jawa, garam & perasa. Masak dengan pi sederhana hingga nampak pecah minyak sambil sentiasa dikacau. (kacau pelan2).  Masukkan daun kesum & kacang bendi. Bila bendi nampak lembut & kuah secukup rasa bolehlah padamkan api & dihidang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...