Monday, April 27, 2015

Roti cheese naan


Akhirnya impian jadi nyata.....mengidam dah beberapa hari sejak pekena roti ni kat restoran modern mamak.... Nak pegi ke sana malas, tu yang sudahnya buat sendiri...lembut....maveles... boleh sumbat cheese banyak2...Puas hati hakuuuu.....roti ni saya makan camtu jer walau pun dah panaskan kari entah bila kat peti ais tu...

Roti naan cheese

Bahan-bahan ( 12-15 keping sederhana besar )

750 g tepung gandum
250 g tepung naik sendiri
250ml plain yogurt
11 g  yis + (1 cawan + 5 sb air suam) + 2 sdu besar gula
2 sudu butter 
sedikit garam

Cara-cara

Rendam terlebih dulu yis didalam cawan berisi air suam-suam kuku bersama 2 sudu besar gula Tunggu dalam 3-5 minit sehingga yis timbul.Sementara itu, di dalam mangkuk berasingan.... campurkan tepung gandum, tepung naik sendiri, gula, garam dan mentega lembut dan digaul rata.

Masukkan yeast dan yogurt, uli sehingga sebati dan lembut, masukkan air sedikit demi sedikit jika perlu (jika adunan terlalu kering)Uli sehingga agak lembut, dan bulat-bulatkan untuk diperam seketika ( sampai kembang dan gebu)-akak jadikan sebiji doh yang besar dan perap selama 1 jam sehingga doh naik sekali ganda.

Canai leper dan bakar atas kuali (seeloknya kuali tak melekat-non stick pan) leper tanpa minyak, api kecik, tunggu sampai kembong2 seperti dlm gambar, baru terbalikkan.


Yg ni tak sempat mengembung dah terbalikkan sebab lupa ngejas api....

Saya buat nipis......
Sedap wooo.....tutup jugak restoran mamak lepas nih.....jom pakat2 masak sendiri yer...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...