Sunday, April 12, 2015

Mee kari ala nyonya

Dah lama tak masak mee kari....daun pudina lebih masak briyani ada....kerang yg member bagi pun ada....ayam ada.....bahan dah lengkap...takde alasan tak buat.

Mee kari ala nyonya

BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH :-)

1 keping besar ayam (bahagian peha atau dada), dipotong kecil, cuci dan toskan
1 bungkus tauhu pok (kurang lebih 10 biji), kerat 2 setiap 1
Tauhu kering @ fucuk secukupnya, potong kecil dan rendam hingga lembut
1/2 camca teh pes asam jawa
1 cawan pati santan
2 biji kentang, rebus hingga empuk dan lecek halus
2 camca besar penuh rempah kari daging jenama pilihan anda
Air secukupnya
2 tangkai daun kari

(Saya tambah secekak daun kesum dan sekuntum bunga kantan) 
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
3 biji cili merah
1/2 inci kunyit hidup

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Mi kuning, dicelur dan toskan
Taugeh, dibuang ekor
Hirisan daun bawang/daun sup
Bawang goreng
Hirisan cili merah/cili hijau
Telur rebus, dibelah 2
Belahan limau kasturi
Sawi bok choy, cuci dan celur, toskan

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK KUAH MI KARI :- 

Satukan bahan kisar halus dan rempah kari, kacau rata. Panaskan minyak dalam periuk, tumis daun kari hingga harum, masukkan bahan kisar halus + rempah kari tadi. Masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu hingga pecah minyak. Masukkan ayam dan gaul hingga rata, masak hingga ayam kecut. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih. Masukkan fucuk (toskan), pes asam jawa, kenteng lecek dan pati santan. Kacau rata, bila mendidih masukkan tauhu pok. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak hingga ayam masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api...

UNTUK MI KARI ALA NYONYA :- 

Masukkan mi secukupnya dalam mangkuk sesuai, tuang kuah bersama isi2nya. Hias dengan sawi, taugeh, telur rebus, hirisan cili merah/cili hijau. hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan juga limau kasturi. Hidangkan panas.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...