Saturday, April 11, 2015

Kek nestum oreo



Selesai sudah memenuhi impian anakanda2 untuk dapat kek princess sempena besday diorg...walau pun tak seberapa tapi ok la....hasil keras tangan ummi....kek ni saya hias guna whipp cream sepenuhnya.....

Resepinya saya ambil dari aisyah apai di grouo resepi kita.

Saya lapiskan dua kek ni....salah bajet....skirtnya pendek....dok takut adunan melimpah dr skirt jadi saya tak tuang semua dan bakinya saya kukus dalam loyang bulat.

Biar sejuk.....esok pagi baru nak di hias..

Kek nestum oreo

Bahan A

4 biji telur
1/2 cawan gula
1 sb ovellete
1 sb esen vanila

Pukul hingga kembang

Bahan B

1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan susu cair
1 cawan minyak masak

Masukkan kedalam bahan A dan pukul lagi hingga sebati.

Bahan C

2 cawan tepung gandum
1 sb baking powder
1 sk baking soda

Ayak dan satukan ke dalam adunan A dan B dan kaup balik hingga sebati.

Bahan D

1/2 cawan nestum
1 cawan biskut oreo tanpa cream (beli siap yg hancur kat bakery lebih murah)

Satukan dalam adunan dengan cara kaup balik hingga sebati. Tuangkan dalam loyang yg dialas baking paper atau digris dengan mentega dan tepung. Kukus selama 45 - sejam.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...